21 Ogos 2010

Anwar: Isu khutbah fitnah terbaru Umno

11 Ramadhan 1431H

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan isu khutbah Jumaat merupakan fitnah terbaru "yang dimainkan oleh Umno untuk menyemarakkan api kebenciandi negara ini.

"Tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang di-Pertuan Agong telah digantikan dengan nama ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau yang juga ketua umum PKR berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut.

Bagaimanapun, katanya beliau mendapati tuduhan tersebut tidak berasas.

"Bahkan ianya merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak," katanya sambil menambah pimpinan Umno berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang.

Katanya, ia juga menunjukkan kegagalan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera.

"Kita yakin usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecahbelahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera.

"Mereka menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan perubahan dan demi Malaysia yang Adil.

"Oleh demikian saya menyeru rakyat Malaysia untuk perteguh keazaman bersama Pakatan Rakyat dan mara mengharungi serangan yang tidak akan kunjung diam dari pimpinan Umno itu.

"Hanya dengan melakukan perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang," tambahnya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saman. Saman. Apa tunggu lagi. Ketua polis tidor ke? pergi siasatlah.

Tanpa Nama berkata...

Zahid pergi sembahyang Jumaat ke?
Siapa yang mengadu kat Zahid tu?
Rasa dia tido & mimpi dengar Khutubah sebab tu takde seorang pun berani buat report polis... selalunya bab2 orang melayu ni, perkasa & pemuda UMNO sibuk buat report polis.

Sudahlah Zahid, Engkau jaga lah kementerian pertahanan tu, jangan bagi enjin jet hilang lg. Agak2 ada tak pistol yang dibawa keluar dari stor tentera tu? Enijn yang besar blh bawa keluar inikan pula senjata lain. Zahid dah nyayok kot...