02 Ogos 2010

Himpunan Felcra 18 ditangkap, ceramah penutup dibatalkan.

21 Syaaban 1431H.
Cina Islam.

PASIR SALAK, 1 Ogos: Seramai 18 orang kebanyakannya anggota Unit Amal telah ditahan polis sehingga lewat petang ini yang dimulai kira-kira jam 4.00 petang ini sementara seluruh kawasan Himpunan Warga Felda Kebangsaan di Changkat Lada, di sini dikepung.

Semua yang ditangkap dibawa ke Balai Polis Kampung Gajah. Semuanya masih berada di Balai Polis berkenaan dimana 15 orang daripadanya sedang diambil keterangan dan 3 daripadanya ditahan kerana dituduh membawa senjataa tajam,, demikian saya menerima pengesahan dari Hj. Azidin, Pengarah MTD Kampung Gajah sebentar tadi.

Menurut maklumat yang diberi, senjata tajam yang dimaksudkan ialah pisau kecil untuk memoton buah-buahan yang dibawa oleh 3 orang yang ditangkap itu.

Tangkapan rambang di luar kawasan itu dibuat sewaktu peguam Wan Rohaimi Wan Daud membentangkan kertasnya sebagaimana yang dijadualkan.Wan Rohaimi adalah peguam yang memenangkan kes saman Felda oleh para peneroka Kemahang 3.

Sementara itu wseorang anggota Unit Amal Perak, sdr. Azuan Ismail dalam sms nya sebentar tadi mengesahkan peguan Hj. Asmuni Awi yang juga Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Perak sudah tiba di Balai Polis berkenaan untuk memberi bantuan guaman.

Pihak penganjur juga terpaksa membatalkan ceramah penutup seperti yang dijadualkan berlangsung pada malam ini. Mengikut rencananya Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang bersama Dato' Seri Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin akan menyampaikan ucapannya.

Lebih 1000 orang tetap bergerak dan berkumpul dikawasan program walaupun dianggarkan lebih dari 200 orang pasukan keselamatan termasuk FRU mengepung kawasan berkenaan.

" Kita terpaksa membatalkan ceramah pada malam ini kerana mengikut maklumat pasukan keselamatan akan menggempur ceramah kita pada malam ini dan demi untuk keselamatan untuk pemimpin kita,ceramah kita batalkan" jelas seorang petugas semasa dihubungi sebentar tadi.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebab tu UMNO duk buli..bila kena serang sikit dah berundur!! bila nak melawan balik?

Pak Oncu berkata...

Salam YB,,,,gua ingat malaysian polis dah cerdik,,, tapi masih berotak macam org org zaman dahulu ermmmmmmmmmm....

Tanpa Nama berkata...

YB minta seluruh blog keluarkan berita ini..biar rakyat malaysia tahu UMNO dah gunakan POLIS..HEi UMNO kalau berani lawan cara depan jgn guna polis...

Tanpa Nama berkata...

Polis kini hamba umno