25 Ogos 2010

Kilang Pinggan Mangkuk Muslim Tangshan, Hebei

14 Ramadhan 1431 H

Baru-baru ini, wartawan kami membuat liputan ke Kilang Tembikar Muslim Bulan Sabit Tangshan, provinsi Hebei di China. Sewaktu masuk ke kilang tersebut, kita boleh melihat halaman kilang tersebut hampir dipenuhi dengan pelbagai tembikar yang berwarna-warni.

Corak pada muka tembikar tersebut terdapat tulisan khat Arab dan lukisan yang dipenuhi keistimewaan budaya Islam.Kilang yang hanya mempunyai 9 orang petugas itu telah dibuka oleh Haji Hong Guifu, berusia 74 tahun. Beliau seorang Muslim yang taat kepada ajaran agama.

Walaupun sudah bersara dari sebuah sekolah, namun beliau masih sibuk dengan urus niaganya untuk menghasilkan dan menjual tembikar.

Konsep pinggan mangkuk tergolong dalam alat untuk minum, makan dan alat untuk mengisi kandungan sudah terdapat dalam budaya Yangshao pada zaman Batu Baru di kawasan pengaliran Sungai Kuning di China. Ini memperlihatkan betapa pentingnya pinggan mangkuk dalam kebudayaan makanan.

Menurut Haji Hong Guifu, beliau mula berfikir untuk membuka sebuah kilang menghasilkan pinggan mangkuk yang bercirikan Islam pada tahun 1989. Ilham tersebut timbul kerana keninginannya menonjolkan keistimawaan budaya makanan halal orang Islam.

Beliau berhasrat untuk menggabungkan semua keistimewaan etnik-etnik yang beragama Islam itu dalam reka bentuk pinggan mangkuk tembikar.

Dengan demikian, beliau membuka Kilang Tembikar Muslim Bulan Sabit Tangshan. Pada mulanya, beliau cuba menulis tulisan khat Arab dan melukis pemandangan atau corak-corak lain di muka pinggan mangkuk tembikar yang dihasilkannya.

Beliau bersungguh-sungguh untuk menghasilkan pinggan mangkuk tembikar Muslim dan benar-benar mahu melihat tembikar yang dihasilkannya mendapat sambutan. Malangnya apa yang berlaku sangat mengecewakan beliau.

Apabila beliau tiba Beijing dengan membawa pinggan mangkuk untuk mencari peluang kerjasama dengan sebuah kedai yang khusus menjual barang keperluan orang Islam, tuan kedai itu bersikap dingin terhadap beliau.

Biarpun berasa amat kecewa, namun Haji Hong Guifu tidak putus asa. Beliau terus berazam mencari pasaran untuk tembikarnya. Memang seperti apa yang pernah beliau harapkan, sebuah rancangan di TV telah memaparkan mengenai pinggan mangkuk yang dihasilkannya.

Rancangan TV tersebut yang membuat liputan di sekitar kediaman etnik Hui di kawasan Niujie, iaitu kawasan terbesar di Beijing yang didiami etnik Hui. Dua keluarga yang dipaparkan dalam program TV itu menggunakan pinggan mangkuk yang dihasilkan daripada kilang beliau.

Beliau berasa sangat besar hati ketika menonton rancangan itu kerana pinggan mangkuk yang dihasilkannya telah dapat diterima oleh keluarga orang Islam. Hal ini sangat menggalakkan dan menimbulkan keyakinan Haji Hong.

Beliau semakin bersung-sungguh mempromosikan pinggan mangkuk tembikar Muslim itu. Haji Hong menyewa sebuah lori untuk mengangkut pinggan mangkuk tembikar Muslim itu ke Beijing untuk menyertai pameran dan penjualan. Semua barang-barang tembikar beliau habis dijual dalam masa tiga hari sahaja.

Sanjungan demi sanjungan yang diterimanya namun langkahnya tidak berhenti di situ sahaja untuk terus mengembangkan perusahaannya.

Beliau sendiri mereka bentuk semua produk dan mengenakan piawaian yang tinggi terhadap semua hasil tembikarnya.

Untuk sampai ke tahap yang lebih tinggi, beliau bersungguh-sungguh mendalami keilmuan dalam bidang keagamaan dan tembikar untuk mendapat lebih banyak inspirasi.

CRI/-

Tiada ulasan: