25 Ogos 2010

PAS: Jangan naikkan tarif air, cukai tanah

14 Ramadhan 1431 H

Cadangan supaya semua kerajaan negeri menaikkan tarif air dan cukai tanah bagi meningkatkan hasil pendapatan dianggap sesuatu keputusan yang dibuat oleh mereka yang tidak memahami derita rakyat bawahan.

Ketua penerangan PAS pusat, Idris Ahmad, cadangan itu sesuatu yang tidak wajar dikemukakan ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan barang keperluan harian.

“Pelik, perdana menteri yang sering melaungkan slogan rakyat didahulukan tiba-tiba itulah cadangan yang beliau kemukakan dalam mesyuarat kewangan negara yang dipengerusikan oleh beliau sendiri,” kata Idris dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

“Sepatutnya beliau sebagai perdana menteri dengan gaji dan elaun yang sudah melimpah ruah, kena memikirkan bagaimana untuk meringankan bebenan rakyat di negara ini.

“Sebaliknya otak yang ada kepada beliau mengambil jalan pintas iaitu dengan menaikkan cukai, hapuskan subsidi, GST, saman ekor, menaikan harga minyak.”
'Jangan bebankan rakyat'

Menurut Idris, persoalan pokok dalam menyelesaikan masalah kelembapan ekonomi yang berpunca daripada rasuah, ketirisan ialah pemimpin negara sepatutnya mencari jalan supaya khazanah negara dapat dinikmati semua rakyat.

Katanya, sebagai contoh, Pakatan Rakyat di Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim bertegas tidak akan menaikkan tarif air kerana tidak mahu membebankan rakyat.

“Malahan beliau bersedia ke mahkamah semata-mata untuk kepentingan rakyat dan memastikan kekayaan Selangor dapat dinikmati oleh semua rakyat di Selangor. Sekarang rakyat Selangor dapat menikmati air percuma 20 meter padu.

“Kerajaan Selangor dibelasah oleh pimpinan Umno kerana memberi air percuma kepada rakyat.

Mereka menuduh ini satu tindakan yang membazir wang negeri. Inilah otak pemimpin Umno daripada atas hingga ke bawah, fikiran mereka sama, iaitu fikir macam mana hendak kaut hak rakyat, bukan hendak bagi hak rakyat,” katanya.

Tambahnya lagi, tindakan kerajaan Selangor menolak cadangan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor yang bernilai RM8 bilion adalah sesuatu yang bijak.
Jimat RM6 bilion

“Sebaliknya kerajaan Selangor akan meneroka sendiri sumber air denagan kos RM2 bilion sahaja, dapat jimat wang rakyat sebanyak RM6 bilion,” katanya.

Pada 20 Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan pusat pada prinsipnya bersetuju supaya cadangan kenaikan tarif air dan cukai tanah di semua negeri diseragamkan pada masa depan.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu tertakluk kepada persetujuan negeri-negeri tanpa mengira fahaman politik mengenai kedua-dua cadangan berkenaan.

"Dalam soal hasil tanah dan juga daripada segi kos bekalan air, kita akan cuba mendapatkan persefahaman dalam hal ini.

"Dalam erti kata lain, kalau ada cadangan hendak naikkan harga air atau cukai tanah, kita sedang cuba untuk mendapatkan pendirian yang seragam atau bersama di antara semua kerajaan negeri," kata Najib.

Malaysiakini/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adoi sakit kepala aku, yang sememang ye dah pening dgn kenaikan harga barang keperluan, load tax, tol, minyak petrol, pempers anak, susu anak,cukai tanah dah lah baru naik masa pak lah jadi PM... dapat najib lagi mati tercekik aku dibuatnya.

Bila lah nak tukar pemerintah ni? dah tak sabar aku nak ajar pemimpin2 yang tak berhati perut ni

Tanpa Nama berkata...

Yang saya faham apa yang cuba dibuat oleh Najib tu berada di dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Nampaknya ini cubaan mereka untuk menguasai sumber-sumber kerajaan negeri. Berhati-hatilah dengan UMNO, wahai pemimpin rakyat. Tumpuan mereka bukan untuk mengawal sumber-sumber kerajaan negeri PR, tetapi negeri-negeri BN, mungkin bimbang ada lagi negeri yang tumbang. Tapi dia tak fikir kalau Kerajaan Persekutuan tumbang dan kuasa air dan tanah di negeri-negeri tersebut dikuasa persekutuan.... jadilah kong x kong = kongkong = terkongkonglah negeri-negeri BN dengan perjanjian bodoh mereka.

Kenapa nak perlu diseragamkan, sedangkan kos yang perlu dipikul oleh satu kerajaan negeri dengan kerajaan negeri lain adalah berbeza. Isu air tak sama dengan isu bekalan elekrik mahupun minyak.

Selangor sewajarnya tak ada masalah air, lombong-lombong tinggalan dahulu dapat digunakan sebagai kawasan simpanan air, hanya perlu membina loji pembersihan air, dan dikawal agar tidak dicemari dengan bendasing berbahaya.

Tambahan isu pasir yang kononnya meninggalkan lombong-lombong baru boleh digunakan untuk tujuan yang sama.

Yang betulnya depa sakit bila Selangor dapat memberi 20 meter padu air kepada rakyat tanpa perbezaan sosio-politik dan taraf sosio-ekonomi. Sedangkan mereka tidak mampu berbuat demikian, mereka pernah menjanjikan beras untuk rakyat berpendapatan rendah, namun sehingga kini tiada berita... barangkali mereka tengah fikir macam mana nak buat borang dengan MS-Word.

Tanpa Nama berkata...

Beras subsidi tu taik2 ayam je...
yang pasti rakyat tertipu lagi.
harga beras tetap naik.
haiya, macam mane boleh kena tipu ni?