02 September 2010

'PAS Beruk' didakwa sebar gambar palsu Guan Eng

22 Ramadhan 1431H.

Menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, kini beredar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyembelih lembu korban untuk umat Islam di internet.

Kesal dengan penyebaran gambar palsu yang menggunakan teknik super impose itu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendakwa ia didalangi oleh penulis upahan Umno yang dikenali sebagai 'PAS Beruk'.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kesal kerana Umno terus memainkan instrumen fitnah bagi memburukan imej PAS-Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadan," kata pemangku ketuanya Herman Samsudeen.

Dalam satu kenyataan hari ini, Herman mendakwa gambar itu memaparkan gambar Lim yang dengan gaya tersbeut dengan tulisan: "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP?"

Katanya, gambar Lim yang ditampal itu pada asalnya merupakan gambar bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Menyifatkan perkara itu sebagai keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama, Herman berkata beliau kesal kerana budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun pada bulan suci Islam.

"Gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam," katanya.

Herman juga berkata tindakan terbaru PAS Beruk merupakan rentetan "fantasi Umno" selepas memutarbelitkan fakta berubung kes ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching yang didakwa memberikan 'tazkirah' dalam surau.

"Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar (Penyelaras Pakatan) Zaid (Ibrahim) minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor.

"Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS-Pakatan rakyat," kata Herman lagi. Malaysiakini/-

4 ulasan:

Mozas berkata...

Jawapan untuk putar belit Malaysiakini dan PAS mengenai gambar Guan Eng sembelih lembu. Bodoh! Bahasa Melayu asas pun puak ni bodoh! Baca sini:
http://satulimatiga.blogspot.com/2010/09/pas-dan-malaysiakini-putar-belit-ayat.html

otaklunyai berkata...

Semoga Allah S.W.T memberi kita kekuatan untuk menghadapi fitnah yg dirancang oleh ubn laknatullah ini. Mereka tidak akan berhenti malah mereka masih dan sedang melakukannya terus menerus lantaran hati-hati mereka telah Allah timpakan penyakit.

setelah 53 tahun merdeka.. ubn masih lagi terus memperbodoh-bodohkan orang-orang melayu malah masih ramai lagi melayu yg sanggup untuk diperbodoh-bodohkan. marilah kita berazam untuk keluar dari kepongan pembodohan ubn laknatullah ini agar kita tidak menjadi sesat seperti mereka yg amat menyesatkan dan nescaya seterusnya kita akan terselamat dari azab neraka lantaran bersubahat dgn dosa2 fitnah2 yg mereka lakukan.

Marilah kita berdoa ke hadrat Allah S.W.T semoga di bulan yg mulia ini kita diberikan kekuatan dan petunjuk dalam menghadapi fitnah2 ubn laknatullah ini dan semoga Allah akan balikkan segala fitnah yg mereka lakukan keatas diri mereka sendiri supaya mereka sedar akan kesalahan dan dosa2 mereka.

Semoga kita tidak sama2 terjebak dengan perangkap syaitan2 manusia ini dan tidak melakukan dosa2 yg sama seperti mereka yg telah lama sesat lagi menyesatkan...
AMIN YA RABBAL ALAMIN..

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan". Al-Hujurat; 6

chendrawasih berkata...

puak2 ni nama asje islam, tapi syg islam mrk hanya di kulit bukan di hati dan roh mrk mungkin x pernah diberi makan sebaimana yg dikehendaki oleh roh itu sendiri. org bodoh yg tak sekolah pun boleh berfikir ..hai sampai mcm tu sekali fitnah yg dibuat memang puak2 ni tak takut akan azab Allah, brgkali mrk ini terkecuali dari kemurkaan Allah sbb itu mrk bertmbh berani mencipta berbagai2 fitnah...sbb nya mudah aje krn pintu hati mrk dah tertutup rapat dari menerima Nur Hidayah Allah...

Tanpa Nama berkata...

Gambar macam ni budak (murid)pendidikan khas sahaja yang terpercaya...kah kah kuh kuh kih..