03 Ogos 2010

Polis perlu jaga keselamatan negara, bukan Umno

21 Syaaban 1431 H

KUALA LUMPUR, 2 Ogos: PAS berharap polis menjaga keselamatan negara, bukan keselamatan Umno dan bertindaklah secara profesional dengan memberikan keutamaan kepada apa yang patut dilakukan untuk kepentingan rakyat dan negara, bukan untuk kepentingan Umno BN.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad menegaskan pihaknya membantah sikap primitif dan tidak bertamadun polis yang bertindak kasar terhadap ceramah dan himpunan aman yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di negara ini.

Beliau merujuk kepada tangkapan dan gangguan ceramah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Rengit, Batu Pahat pada 31 Julai di mana polis bertindak mengosongkan pentas, merampas pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah.

Sekurang-kurang-kurangnya sembilan orang ditangkap yang terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita di mana polis juga didakwa bertindak mengoyakkan backdrop penganjur yang digantung di pentas utama.

Pada Himpunan Warga Felcra Kebangsaan di Changkat Lada, Pasir Salak, seramai 30 orang termasuk 10 anggota Unit Amal telah ditahan polis pada 1 Ogos manakala pada sebelah malamnya, pada himpunan menyalakan lilin anti-ISA di Padang Timur berhampiran bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) seramai 29 orang ditangkap, 21 lelaki dan 8 perempuan.

Wartawan Harakah dan Harakahdaily di Kota Bharu juga turut ditahan semasa bertugas membuat liputan himpunan membantah ISA di Dataran Stadium Sultan Mohamad ke-IV malam tadi.

“PAS sungguh kecewa terhadap tindakan yang dilakukan oleh polis, ketika kadar jenayah meningkat, buang anak menjadi-jadi. Manakala pihak polis sanggup memerah otak untuk menyekat rakyat mendapat maklumat yang sebenar,” ujar Idris dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, adalah tidak adil ketika media elektronik kerajaan BN memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi Pakatan Rakyat tidak dibenarkan menjelaskan cerita yang sebenar.

PAS, ujarnya yakin tindakan itu sebagai satu usaha Umno kerana parti perkauman Melayu itu sudah berada penghujung hayat, lantaran apa yang dikhabarkan oleh Umno, rakyat tidak percaya.

Menurutnya lagi, maka satu jalan sahaja yang ada kepada mereka ialah menggunakan kuasa dengan mengarahkan pihak polis mengganggu ceramah PAS dan Pakatan Rakyat.

“PAS yakin tindakan yang dibuat oleh polis bukan rakyat semakin takut, malahan semakin benci dengan Umno BN, dan yang paling kita bimbang moral dan imej polis akan tercalar di mata rakyat.

“Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah di peringkat Pusat, kesemua mereka yang bertindak secara tidak profesional akan dihadapkan ke pengadilan,” tegasnya.

Harakahdaily/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah membalas perbuatan mereka... Dah nampak pemerintah tu biol lg mahu sokong. Meluat saya tengok. Berkat makan suapan kot.. Jgn menyesal kalau future anak cucu hidup susah.

Tanpa Nama berkata...

Yang menjadi punca adalah 2 atau 3 orang penduduk tempatan yang trkenal dengan sifat kaki mabok dan penarik kereta.
INI FAKTA

TSUNAMI KE-2...(PRU-13) BERITA BURUK BUAT UMNO/BE END berkata...

SALAM,
SEMENJAK DEB, KEZALIMAN UMNO/BE END DI KENAKAN TERHADAP PEMBANGKANG- PAS (SEPANJANG 1978-1990)

..AKIBAT TERLAMPAU BERKUASA, 2 PUAK DLM UMNO BEREBUT KUASA, GOLONGAN ARISTOKRAT DAN DEMOKRAT, SETERUSNYA MENZALIMI SESAMA MEREKA PULA- SEMANGAT 46 (1987) & DEMOKRAT SEKULAR DAN DEMOKRAT ISLAM PKR (1999)...

DAN AKHIR SEKALI, PUAK YG BERKUASA UMNO BARU 1988 GOLONGAN OPORTUNIS KAPITALIS BANKERS MELAYU (BILANGAN MEREKA SEMAKIN MENGECIL) INI MENZALIMI LEBIH RAMAI RAKYAT...
BERMULA PRU-11, SELEPAS KEMENANGAN BESAR 2004 MENYEBABKAN UMNO BARU 1988/BE END MENJADI LEBIH SOMBONG BONGKAK, TAKABBUR DAN ZALIM... DAN TIDAK LAGI MEMPEDULIKAN RAKYAT, MENYEBABKAN RAKYAT BERTINDAK SECARA DRASTIK, MEMBUAT TSUNAMI PERTAMA POLITIK SECARA BESAR-BESARAN TETAPI OMBAK TSUNAMI TELAH TERTAHAN OLEH POKOK GETAH DAN KELAPA SAWIT DI KAWASAN MAK CIK DAN PAK CIK FELDA YG MASIH LAGI DIBUAI MIMPI INDAH...DUIT EHSAN DR AH LONG FELDA UMNO BARU 1988-2008.

NAMPAKNYA GELOMBANG TSUNAMI KE-2 (atau KE-3, KE-4 DAN SETERUSNYA)... PRU-13 SAMA2 KITA NANTIKAN AKAN MENERJAH KESELURUH POKOK SAWIT DAN GETAH FELDA DAN FELCRA TAK LAMA LAGI DAN MENYEDARKAN GENERASI KE-2, DAN KE-3 FELDA DAN FELCRA SETERUSNYA MEMBAWA PERUBAHAN KE ARAH KEADILAN DAN KESEJAHTERAAN...MALAYSIA SEJAHTERA, MERAKYATKAN EKONOMI NEGARA...ISLAM ADIL UNTUK SEMUA. INSYA'ALLAH...

Tanpa Nama berkata...

Polis kerja ikut tuan dia. Kalau tuan dia suruh melalak..dia akan melalak. Peduli apa dengan halal atau haram...