13 September 2010

Cerita Anjing Pintar dan Orang Buta Islam di Singapura

4 Syawal 1431H.
MatSinga

Berikut adalah satu cerita dari Singapura yang saya petik dari Berita HarianSingapura. Bukannya apa, isu ni agaknya boleh buka mata pihak yang mudah melatah di Malaysia? Sambil tu nak tukar sikit suasana seram sejuk di Malaysia terkini.Teringin juga nak dengar sajak dan syair dari pakar-pakar Islam dari kedua-dua pihak (BN & PR). Saja nak jolok sikit lagi, dalam Islam, anjing dan babi tu sama ke tidak? Kalau sama, sikit punya haru jika ada orang buta Islam yang diheret oleh 'babi yang telah dipintarkan' gi jalan-jalan masuk pasaraya. Kalau orang buta Islam tu nak gi solat camne heh? Babi atau anjing pintar tu nak parking kat mana heh? Hai dunia dah tua betui lah ni!!! Mari kita bersama semarakkan suasana Idilfitri!

Berita Harian SIngapura - 8 Sep 2010

RUANGAN FORUM

Kecewa isu Muslim buta diizin bawa anjing pandu jalan

SAYA merujuk kepada artikel yang mengizinkan orang Islam yang buta membawa anjing untuk membantu mereka berjalan (BH, 23 Ogos).

Saya kecewa kerana tiba- tiba Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) membenarkan perkara itu.

Malah, ini termasuk membenarkan orang buta itu membawa anjingnya masuk ke restoran yang ditanggung halal.

Mungkin kita lupa beberapa tahun lalu terdapat seorang pemuda bukan Muslim yang menghina Muslim kerana tidak dapat menyentuh anjing di lelaman blognya. Berikutan kenyataannya, dia diambil tindakan.

Sebelum ini, kita ada ramai lagi Muslim buta, termasuk beberapa penyanyi seperti S. Jibeng dan Rashid Noor. Mereka tidak pernah menggunakan anjing, namun masih boleh mencari rezeki dengan menyanyi.

Malah, ada rancangan Suria yang menyiarkan kehidupan sepasang suami isteri buta dan mereka boleh hidup tanpa bantuan anjing.

Saya meluahkan perkara ini dengan harapan kita usah terlalu memperlekehkan hukum Islam. Sedangkan selama ini orang bukan Muslim sendiri amat menghormati kita dalam perkara ini.

Saya juga tidak mahu perkara seperti ini menimbulkan kekeliruan pada orang bukan Muslim dan pada orang Muslim sendiri.

Ini terutamanya mereka yang cetek pengetahuannya tentang Islam atau golongan muda kita yang berfikiran liberal.

Asmahani Ali

http://cyberita.asia1.com.sg/mforum/story/0,6879,172413,00.html?

6 ulasan:

Awanama berkata...

http://abidfana.com/2009/10/21/anjing-dan-permasalahan-fiqh-sekitarnya/
sila baca,fahamkan dan sila buat rujukan..
dibenarkan memelihara anjing atas sbb2 berikut;
1. Perburuan. Ini dijelaskan di dalam surah al-Ma’idah ayat 4 dan juga dalam beberapa potong hadith yang lain, dan perkara ini juga termasuk di dalam amr ta’abbudiy (sila rujuk penjelasannya di bawah).
2. Untuk dijadikan anjing pemandu jalan seperti untuk orang buta sekiranya memerlukan.
3. Untuk tujuan keselamatan pihak berkuasa seperti polis dan kastam.
4. Untuk mengawal keselamatan di sekitar rumah.
5. Untuk membantu penternakan haiwan.

diharap anda tidak keliru dan mengelirukan orang lain disebabkn kekeliruan anda hanya kerana ceteknya kefahaman anda..
wallahuallam..

Awanama berkata...

Kalau ikut Mazhab Maliki tak jadi masaalah, cuma air liur anjing saja yang najis dan perlu di basuh 7 kali berserta satu dengan air tanah

Awanama berkata...

Ntah lah. Kalau nak ambik senang - ikut ati senang aje.
Dalam kitab dah jelas halal haram. Dalam hadith juga ada pesan - kalau tak jelas baik tinggalkan aje.
Jadi jika nak senang dan ikut ati, suka hatilah.
Dulu pernah saya dengar 'musuh Islam' nak ternak babi cara bersih dan suci supaya Islam boleh mentekedarah. Bila cara ini masih tak menarik, mereka nak cantumkan benih babi dgn ternakan halal yang lain supaya Islam boleh makan hasil cantuman dua haiwan tersebut macam kam-bab. Cam tu jugak dgn beer, depa keluarkan yg semacam beer (tanpa alkohol, berbuih mcm biasa) supaya senang peminat tunggeng botol beer tanpa ragu. Akhirnya berterusanlah tunggeng 1 botol tanpa alkohol, 10 penuh alkohol. Hakikatnya, musuh Allah (Yahudi, dll) akan terus kreatif termasuk memintarkan babi supaya babi lebih pintar memandu orang-orang buta Islam kemana sahaja terutamanya nak ke masjid dan surau - amacam, orang buta Islam boleh guna babi nak gi masjid sure tak sesat sebab babi pintar guna GPS sbb ummah Islam yang celik skrg dah takde agaknya nak tolong tunjuk jalan nak kemana-mana atau tak lagi sensitif atau prihatin kepada saudara Islam yg buta.
Kepada yang nak mudah, peluklah, gosoklah, usaplah, urutlah, ciumlah anjing dan babi. Bagi saya yang daif dan penakut dengan Allah ni akan tetap menjauhkan diri dari kedua makhluk tersebut kerana amat takut (tak nampak atau tak sedar) ada renjisan kencing atau airliur atau sehelai bulunya jatuh/menyentuh sejadah saya utk solat kepada Allah Yang Maha BESAR walaupun al ulamak dah kata tak nampak atau tak sedar takpe.
Namun saya masih berupaya menghargai kepentingan kedua jenis haiwan ciptaan Allah ini kerana Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Belum lagi saya terlintas nak menganayai makhlok tersebut, bahkan suka tengok depa kat National Geographic. (Ada kitab kata jika jumpa ular kat luar rumah boleh pukulmati, betui ke?) Amin. (matsingapura@yahoo.com.sg)

Awanama berkata...

Kami di kampong pada tahun 60an dulu memelihara anjing, 2 ekor pulatu. Tak ada masaalah dan agama tak melarang dengan ada syarat2nya. Malah kami beruntung kerana banyak musuh (ular, tikus, monyet, ddl dibinasakan oleh anjing2 kami. Kami tak pernah sentuh mereka jadi tak perlu samak. Dan mereka tak masuh rumah kami hanya beredar di luar kawasan dan di dusun kami. Mereka pula pandai mencari makanan sendiri.

"Pemudahkanlah hidup kita".

Awanama berkata...

Islam memang cantik! Setiap sesuatu ada keistimewaan dan kelonggarannya. Hanya KEIKHLASAN yang akan meletakkan sesuatu ditempatnya yang betul.
Jika menepati syarat keperluannya, babi boleh dimakan tapi tak bererti plak babi boleh dipeluk, cium. gomol, urut babi dsbnya. Hai geli kawan, biarlah kawan makan daun aje.
Saya akui zaman dahulu (1960an) kami juga dikampong memang guna anjing utk kegunaan tertentu sahaja. Lepas tu ianya tidak diperlukan lagi dan takde anjing.
Menarik cerita di Singapura ni. Agaknya ramai orang Islam buta mata disana dan mereka amat memerlukan anjing pandu jalan. Sedara mara atau saudara seIslam sibuta dah tak larat lagi nak layan sibuta Islam ni agaknya sebab mereka pun dah maju/pintar tahu nak shopping kat mana yg mereka pilih/suka (tang tu celik pulak ye). Kat Malaysia camne, dah ada ke orang buta Islam pecah rekod guna anjing pandu jalan? Kalau lah dah ada, nampaknya satu orang yang buta mata, yang lain beribu-ribu pulak buta matahati - aduhai kecian kepada setiap roh yang menderita.....
Berbalik hal keselamatan dgn anjing, la ni zaman teknologi dan elektronik. Depa dah cipta berbagai alat kawalan keselamatan elektronik yang ada 'motion detector', rakaman jarak dekat/jauh, 'sensor' dan berbagai lagi. Pendek kata anjing dah boleh bersara kerja keselamatan jadi jaga sebab contohnya anjing tak boleh buat rakaman video dan sebagainya yang boleh digunakan dimahkamah sebagai bukti (belum ada yang pintar berbahasa anjing).
Dalam hal ini bagi insan yang jiwanya amat tenang setenang-tenangnya dengan keduniaan, peliharalah anjing utk keselamatan akan menjadi pilihan mereka.
Bagi saya juga, Singapura yang dah maju kehadapan boleh memilih utk guna anjing pandu jalan atau apa sahaja cuma saya amat berharap benor supaya MUIS memberikan garis panduan yang terperinci dan tepat supaya penggunaannya tidak menjejaskan keperluan lain seperti keperluan samak, kesediaan utk solat, tempat parking anjing pandu jalan dikawasan masjid, dan sebagainya supaya mereka yg dah terlajak tidak menyalahkan MUIS plak.
Akhir kata untuk kedua-dua pihak yang menyokong dan menentang, tok nenek kita dulu lagi dah nasihat dan habaq - Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih dan Tepuk Iman Tanya Roh.
Wallahualam - salam dari darahkumelayu@yahoo.com.sg

anti united malay nuts orgi berkata...

x yah guna anjing latih la kuda padi siap boleh naik gi maner cmner he123.x yah la dok pikir sgt zaman dulu yg tercatat dlm quran tentang anjing ashabul kahfi masuk syurga lagi anjing tu.camner yek.
aku x pernah dgr dan baca allah mengatakan haram memelihara anjing ni.setahu aku yg jahil firman allah"di haramkan kamu memakan babi"itu sahaja walau cmner pn babi tu ttp haram.soal anjing ni ikut mahzab mmg x sama ada perbezaanya jadi aku x nak komen banyak2.
Binatang yg paling setia pada tuanya x lain dan x bukan anjing.