06 Oktober 2010

Tahniah, Selangor bagi buku teks agama percuma

26 Syawal 1431 H
Oleh: Abd Aziz Abd Ghani

TAHNIAH! TAHNIAH! dan TAHNIAH Kerajaan Selangor atas pemberian buku teks ini. Sebenarnya sudah lama rakyat Selangor menantikan berita baik ini.

Insya Allah mulai tahun ini, saya akan membayar zakat saya kepada Pusat Pungutan Zakat Selangor yang selama ini saya membayarnya kepada PPZ (Wilayah Persekutuan).

Walaupun ianya tidak banyak tetapi insya Alah bayaran zakat saya dapat membantu Kerajaan Selangor menguruskan hal ini dengan jayanya.

Mungkin juga Kerajaan Selangor dapat ‘panjangkan’ kemudahan seperti ini untuk bayaran ‘yuran bulanan’ sekolah agama pula yang kini dikenakan antara RM10 hingga RM20 sebulan bagi setiap pelajar.

Insya Allah, Allah terus memberkati kerajaan Selangor. Allahu akbar...Allahu akbar...Allahu akbar…

Biarkan Umno terjun dengan labu-labunya…biarkan...biarkan…

Harakahdaily/-

2 ulasan:

otaklunyai berkata...

TAKBIR!!!

Awanama berkata...

Sepatutnya bukan PERCUMA. JAIS kena tukar kepada PINJAMAN. Percuma maksudnya ambil terus, tetapi pinjaman bermaksud pulangkan semula selepas sesi persekolahan tamat.

kalau PERCUMA, membazir pulak jadinya.