31 Disember 2010

Ambang Tahun Baru, apa yang anda mahu lihat ?

26 Muharram 1432H.

Tahun 2010 tinggal beberapa jam lagi akan meninggalkan dengan warna warni kehidupan dan kenangan pahit dan manis bagi seluruh rakyat Malaysia. Dilaporkan beberapa jalan utama di sekitar ibu kota akan ditutup hari ini, untuk memberi laluan kepada sambutan Ambang Tahun 2011 malam ini.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Nohd Noor dalam satu kenyataan berkata jalan yang terlibat ialah di sekitar Dataran Merdeka, Bukit Bintang, KLCC, Bangsar/Telawi dan KL Sentral. Katanya jalan-jalan di Dataran Merdeka akan ditutup hari ini dari pukul 5 petang hingga 6 pagi hari berikutnya, manakala jalan-jalan di Bukit Bintang ditutup mulai tengah malam ini hingga 6 pagi 1 Januari.

Beberapa laluan lain juga dijangka ditutup secara berperingkat mengikut keadaan. Demikian menurut kenyataan tersebut.

Namun persoalan yang sedang berligar di kepala rakyat Malaysia sekarang ialah bagaimanakah suasana sambutan tersebut khusunya yang melibatkan anak-anak muda belasan tahun dari bangsa melayu yang beragama islam. Demikian juga kepada bangsa lain yang non muslim namun perlu diingatkan kehidupan masih berada dalam ruang lingkup agama, budaya dan moral masing-masing. Kerajaan bertanggung jawab kepada itu semua.

Saban tahun kita memperkatakan betapa budaya liar dan jauh menyimpang dengan akhlak Islam dilakukan oleh anak-anak muda Islam setiap tahun baru menjelang.

Persoalan ini nampaknya tidak mendapat perhatian serius dari kerajaan BN walaupun ianya menjadi keperluan yang kehidupan umat Islam yang perlu diutamakan sesuai dengan Perlembagaan Negara yang menyatakan Agama Islam adalah agama rasmi negera.

Pembenterasan budaya liar dalam menyambut tahun baru nampaknya tidak menjadi perhatian pemimpin BN pada setiap tahu, malah lebih mendukacitakan merekalah yang menjadi penganjurnya.

Kerana itu tidak ada lagi satu harapan besar untuk melihat Malaysia lebih harmoni dan lebih perihatin kepada kehidupan beragama dan moral yang lebih baik dengan penguasaan Putrajaya oleh Pakatan Rakyat.

Semuga tahun baru ini adalah yang terakhir untuk kerajaan BN sekiranya benar tahun hadapan adalah tahun PRU ke 13 yang akan menyaksi Pakatan Rakyat akan berkuasa di Putrajaya.

InsyaAllah......SELAMAT TAHUN BARU 2011.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Telah menjadi tradisi pada setiap tahun apabila menyambut tahun baru masihi maka berlakulah pesta maksiat di sana sini iaitu melibatkan percampuran lelaki dan peruempuan. Berlakulah keruntuhan moral anak muda Islam yang berpesta menyambut tahun kristian (Masihi) yang berakhir dengan pelbagai jenayah dan maksiat seperti gejala rempit dan seks bebas. Sepatutnya kerajaan BN telah menyedari saban tahun perkara yang sama akan berlaku bila menyambut tahun baru.

Tanpa Nama berkata...

"Semuga tahun baru ini adalah yang terakhir untuk kerajaan BN sekiranya benar tahun hadapan adalah tahun PRU ke 13 yang akan menyaksi Pakatan Rakyat akan berkuasa di Putrajaya"....LIKEEEE