27 Disember 2010

Apa sudah jadi ? Mohd Isa dilantik Pengerusi FELDA

20 Muharram 1432

apa sudah jadi dan akan berlaku terhadap FELDA bila bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berkuatkuasa, 1 Januari 2011. Itulah persoalan yang pertama berligar dikepala saya hari ini.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.

Perlah diingatkan pada 24 Jun 2005, Panel Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail telah menjatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun kepada Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Mohd Isa telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan asal rasuah (politik wang). Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.

Saya sebeutkan ini kerana untuk mengigatkan inilah orangnya yang telah dilantik kejawatan yang penting dalam FELDA dalam keadaan FELDA memerlukan orang yang boleh membersihkan kemelut yang berlaku dalam agensi kerajaan itu.

Mohd Isa menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA. Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Yusof di atas perkhidmatan beliau menerajui FELDA bermula dari 1 Julai 2001 hingga 31 Disember 2010
Di bawah kepimpinan Mohd Yusof, FELDA sudah mengalami transformasi membanggakan serta menempa pelbagai kejayaan, sekali gus menjadi penyumbang ekonomi negara, menurut kenyataan itu.

Mohd Isa, yang menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari 1982 hingga 2004, adalah bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden UMNO.

Beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang dalam kawasan Parlimen Teluk Kemang Negeri Sembilan.

Beliau menang besar dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 11 Oktober 2009 mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hancur negara ku malaysia tercinta apabila semua menteri kabinetnya bodoh macam telor kote

Tanpa Nama berkata...

Itu kan cara untuk membersihkan nama baik yang sudah tercemar,tiada calon lain dah ke untuk dilantik sebagai pengerusi FELDA,atau sudah kehabisan calon yang berfikiran lebih produktif.Malang sekali,BN masih tak faham kehendak rakyat lagi,tapi syukurlah PR akan dapat rezeki yang mencurah nanti.INSYAALLAH

Tanpa Nama berkata...

Isa samad tu kan biasa dengan perkara sepak-terajang duit-muit ni. Habis le lingkup felda, kesian usaha keringat generasi pertama dulu, usahanya hebat tapi dapat tak seberapa. Yang kenyang penyanggak-penyanggak didikan dan naugan umno.