29 Disember 2010

Lau: K'jaan pusat tak ada kuasa penuh lantik SU S'gor

23 Muharam 1432H

Perlembagaan Selangor tidak memberikan kerajaan persekutuan kuasa penuh untuk memutuskan tentang pelantikan setiausaha kerajaan negeri, kata ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Lau berpendapat bahawa Perkara 52 (1) perlembagaan negeri menyatakan jawatan itu mesti dilantik oleh 'suruhanjaya perkhidmatan yang relevan' dan tidak semestikan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

"Jelas bahawa pelantikan setiausaha kerajaan negeri tidak semestinya dibuat oleh SPA. Pelantikan itu juga boleh dibuat oleh 'suruhanjaya perkhidmatan yang relevan' seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Selangor.

"Frasa 'Suruhanjaya Perkhidmatan Awam' tidak disebutkan secara khusus dalam perlembagaan Selangor," kata Lau dalam satu kenyataan hari ini.

Lau mengulas laporan akhbar Sinar Harian yang menyebut bahawa istana telah memperkenan pelantikan bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.

"Pada pandangan saya, keputusan iru 'confirm' kerana Tuanku telah berkenan melantik beliau," kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam laporan muka Sinar Harian.

Malaysiakini/-

2 ulasan:

huda alhadi berkata...

Syabas KSN, kerana UMNO semua boleh. Dato dah jadi penasihat negeri selangor dan sultannya seolah selangor takde MB. Semua negeri bila nak tentu SUK kena minta pandangan MB kerana sultan kena terima nasihat MB mengikut perlembagaan. Namun kebelakangan ini trend telah sudah berubah perlembagaan hanya untuk UMNO BN. Kalau parti lain menjadi tunjang kerajaan seolah perlembagaan tidak memberi apa-apa erti.

Untuk menidakkan kerajaan PR alasan lewsatlah dan mungkin berbagai alasan. Jika UMNO BN lambat mereka kata 'teliti' serta 'menghalusi'. Kalau pegawai kerajaan peringkat [ersekutuan dan negeri bersikap sedemikian maka tidak nampak negera akan mencapai status negara maju pada 2020.

Untuk melayak negara maju bukan sahaja ekonominya hebat tetapi pencacai negara juga kena hebat; menghormati undang-undang terdiri dari mereka yang berperanan mengimarahkan negara ialah Institusi Raja serta PM termasuk Menterinya, KSN, Hakim-Hakim, Badan-Badan Penguatkuasanya justeru rakyatnya juga berperanan. Sekiranya mana-mana pihak yang tersebut itu pincang mana ada pemodal luar akan masuk melabur dan pelabur tempatan juga kecut perut.

KSN ....kecerdikan dan kewibawaanmu sedang diperhatikan. Ingat seandainya allah memilih kumpulan lain mentadbir negara janganlah anda juga termasuk orang yang merayu untuk mendapat suaka politik kerana terpalit dengan sesetengah orang yang anda tolong secara tidak halal dari segi agama, perlembagaan dan undang-undang.

Qaseh Bonda berkata...

Kerajaan hebat bila KSN terhebat. Bila KSN bahagia dicucuk hidung, dia bertanggungjawab bila berhadapan dengan Allah nanti.

Bila orang politik yang tak de kelulusan boleh mengambil alih pengurusan kerajaan dengan bermaharajalela, sudah tentu orang2 kerajaan payah nak buat kerja apatah lagi para akademik dipandang hanya sebelah mata.

Hasil usaha para pengkaji tempatan dipandang tinggi diluar negara sedangkan KSN apa peranannya dalam menaikkan budaya kerja negara khususnya demi kepentingan anak2 bangsa.

Minyak dan air jangan dicampur wahai KSN.

Ramai sangat dah yang naik minyak.