24 Disember 2010

PAKATAN RAKYAT PERAK SOKONG TINDAKAN MAHFOZ OMAR

18 Muharam 1432H
Oleh : Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 24 Dis : Dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, Timbalan Menteri Pengangkutan menjelaskan, urusan itu akan dikendalikan oleh Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd.

Pakatan Rakyat Perak membantah sekeras-kerasnya akta tersebut yang boleh disifatkan sebagai penindasan bertalu-talu terhadap rakyat.

“Tindakan kerajaan jelas menggambarkan bahawa mereka betul-betul terdesak dengan menggunakan pihak kedua untuk mengambil tindakan mengeluarkan saman terhadap pesalah trafik,” kata Drs. Khalil Idham Lim, Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak ketika ditemui di sini.

Tambahnya, kerajaan sudah memberi petunjuk kepada rakyat bahawa kantong Negara sudah “kering” dan Negara menuju kepada status bankrap menjelang 2019 seperti yang pernah dikatakan oleh Datuk Idris Jala..

“Pakatan Rakyat Perak menyatakan sokongan padu terhadap tindakan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang mempersoal bentuk saman ekor yang baru dengan penggunaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang akan dikendalikan oleh dua syarikat swasta,” tegas nya yang juga ADUN Titi Serong.

Dalam beliau menegaskan bahawa isu saman kesalahan trafik bukanlah suatu yang boleh dijadikan perniagaan yang mendatangkan keuntungan kepada mana-mana syarikat yang berorientasikan perniagaan.

“Kita (PR) amat khuatir jika syarikat tersebut merupakan kroni mereka (BN), kerana tindakan kerajaan memberikan kontrak pengendalian kepada Beta Tegap dan Commercial Circle diputus sebelum pindaan Rang Undang-undang (RUU) itu diluluskan,

justeru rakyat mesti bangkit bagi menyatakan tentangan terhadap penindasan serta kezaliman oleh kerajaan BN yang zalim ini” soalnya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pencacai Umno senyap, tak komen kat ruang ni bila info tu betul, ha2