12 Januari 2011

5 pemain AFF Kedah dapat ganjaran.

7 Safar 1432H.

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan pemberian ganjaran sebanyak RM5,000 seorang kepada lima pemain negeri itu yang mewakili skuad kebangsaan dalam kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 baru-baru ini.

Ganjaran turut diberikan kepada seorang penolong jurulatih skuad terbabit. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pemain yang menerima ganjaran itu ialah pemain sayap Mohd Khyril Muhymeen Zambri, pemain pertahanan Mohd Sabre Mat Abu dan Khairul Helmi Johari serta pemain tengah Mohammad Faizal Abu Bakar dan Amar Rohidan. Penolong jurulatih yang menerimanya ialah Tan Cheng Hoe yang berasal dari Kedah dan pernah bermain untuk skuad Kedah.

Azizan berkata, kerajaan negeri turut menimbangkan untuk memberi ganjaran tanah yang akan diumumkan kemudian.

"Kita rancang untuk beri tanah di Pokok Sena kerana kawasan itu membangun. Kita akan dapatkan maklumat lanjut dan umumkan nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Malaysia muncul juara Piala Suzuki AFF selepas menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2.

2 ulasan:

ahmadnafiah berkata...

Saya sokong 100 peratas cadangan tersebut juga tempat di pokok sena ini kena pada masa nya.Juga bukan kpd pemain bola saja kpd pemain lain sokan pun wajar juga diberi ganjaran seperti itu, tq

Tanpa Nama berkata...

Lumayan berbanding Kerajaan Persekutuan. Konon nak nampak banyak RM65,000? RM 50,000.00 dalam bentuk amanah saham yang tak matang? Tunai RM15,000.00. Nampak sangatlah Kerajaan dah tak ada duit, tapi nak menunjuk bahawa ada duit. Kena pi amanah saham tu jahanam macam amanah saham negeri-negeri baru padan muka kamu. Tiada jaminan RM50,000.00 masa hadapan akan lebih tinggi nilainya dari RM50,000.00 sekarang. Dengan Baht pun nilai Ringgit Malaysia dah kalah ooooi.