31 Januari 2011

Khalid Samad: Tenang dan MB Selangor

26 Safar 1432H.
Oleh : Khalid Samad.

1. Ada yang mengatakan MB perlu letak jawatan kerana ‘kalah’ dalam Dewan berhubung pindaan perlembagaan.

Respon saya: Selagi mana 34 adalah lebih dari 20 maka persoalan letak jawatan adalah tidak releven. Mungkin hasil dari pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris, UMNO merasakan 20 adalah lebih besar dari 34!

Keadaannya berbeza sekiranya BN mendapat undi lebih dari PR. Dalam keadaan itu mungkin boleh dikatakan bahawa MB telah hilang sokongan majoriti ahli Dewan.

2. Ada yang mengatakan PR dikalahkan di DUN Selangor kerana usul pindaan ditolak.

Respon saya: Sebenarnya dalam soal ini, tiada yang menang dan tiada yang kalah. Apa yang berlaku, dan inilah apa yang diinginkan, ialah pendirian masing-masing menjadi jelas.

PR adalah pro-Raja Berpelembagaan dan pro-Federalisma. Ini adalah kerana PR mengemukakan pindaan yang ingin memberi peranan kepada Sultan dan Menteri Besar. Peranan Sultan akan dipertahankan oleh mereka yang menerima konsep Raja Berpelembagaan. Menolak peranan Sultan bererti menolak konsep Raja Berpelembagaan.

Menteri Besar adalah mewakili pilihan rakyat. Dia mewakili kerajaan Negeri. Menolak peranan MB bererti menolak hak Negeri dan hakikat bahawa Negeri adalah suatu entity yang berdaulat. Menolak hakikat ini bererti menolak Federalisma.

UMNO/BN menunjukkan melalui penolakan pindaan bahawa mereka ingin memusatkan kuasa di peringkat Pusat. Mereka anti-Raja Berpelembagaan dan anti-Federalisma. Hanya Pusat sahaja yang berperanan.

3. Ada yang mengatakan PR derhaka kerana menolak Khusrin.

Jawapan saya: Ketua Pembangkang Negeri Selangor yang baru mengatakan PR derhaka kerana menolak Khusrin sedangkan Sultan merestu perlantikannya. Hakikatnya DYMM Sultan Selangor memahami perlembagaan Negeri Selangor. Baginda memahami bahawa dalam perlembagaan sekarang, Baginda tidak ada kuasa menolak perlantikan Khusrin kerana kuasa semuanya ditangan Pusat. Itulah sebabnya pindaan cadangan PR perlu.

Ketua Pembangkang tidak menjelaskan peruntukan mana di dalam perlembagaan yang boleh digunakan oleh Baginda Sultan untuk menolak perlantikan Khusrin. Dia tidak menjelaskannya kerana dia tahu memang tiada peruntukan sebegitu.

Oleh itu, penolakan pindaan telah mendedahkan penderhaka yang sebenar dan hujjah yang dibawa Ketua Pembangkang tidak berasas.

4. Kekalahan di Pilihan Raya kecil Tenang.

Semua tahu BN berjaya mempertahankan Tenang dengan majoriti yang bertambah. Ini sebenarnya bukan sesuatu yang mengejutkan. Hakikatnya PrK adalah lebih sukar bagi kita berbanding PRU kerana dalam PrK seluruh kekuatan BN serta agensi kerajaan termasuk TV dan Radio ditumpukan di satu kerusi yang ditandingi. Bermacam-macam janji serta projek ditaburkan dan oleh itu BN boleh mendapat lebih ramai dari golongan atas pagar.

Ini adalah lebih lagi dalam negeri-negeri yang diperintah BN atau kawasan kubu mereka.

PrK penting bagi kita untuk terus menyemarakkan semangat ke arah membawa agenda perubahan. Kita pertahankan sokongan yang telah diperolehi selama ini dan bina kekuatan sambil menunggu PRU. Hakikat kita mampu menafikan majoriti 7 ribu di Hulu Selangor dan 5 ribu di Tenang seperti yang diramalkan BN menunjukkan kita mempunyai kekuatan yang lebih dari apa yang dianggarkan oleh mereka.

PrK Merlimau juga akan kita hadapi dengan penuh kesedaran bahawa ianya kawasan BN. PAS masih belum berjaya mendapatkan kerusi di Melaka dan PrK bukan mudah untuk dimenangi. Hanya, kita perlu turun dengan segala kekuatan yang kita ada untuk menentukan sokongan yang ada terus dipertahankan. Sambil itu ianya merupakan peluang untuk kita menyampaikan mesej kita dalam usaha bersiap sedia untuk PRU.

Bagi petugas-petugas PAS/PR, kita sudah lama memahami, kalah menang tetap sama kerana ganjaran kita berdasarkan usaha kita dan bukan keputusan yang dicapai. Oleh itu saya yakin bahawa petugas-petugas ini akan terus bersama dalam menghadapi PrK Merlimau dengan semangat yang tetap tinggi. Kalau BN mengharapkan semangat kita akan pudar, maka mereka akan kecewa.

Harakahdaily/-

3 ulasan:

semaun_segambut berkata...

PRK Tenang;
PR (PAS) mendapat undi kurang dari BN itu saja ... kalah? belum tentu kalau PRK berjalan dengan adil. Pengangkutan pengundi oleh jentera kerajaan Polis, Bomba dan Pertahan Awam memang tidak adil. Mereka di kawal oleh puak-puak UMNO untuk mengurus mengangkut pengundi,mereka telah kenal siapa penyokong mereka.
Memang tidak boleh dinafikan bahawa mereka menumpu pengangkutan pengundi di Felda tidak di bahagian lain. Oleh krana itu saya menjangka lebih 2000 penyokong PR tidak dapat mengundi.
Oleh yang demikian Cikgu Mala usah gusar, hari kemenangan akan menjelma selepas ini InsyaAllah. Saya yakin dengan kerja kuat dan ikhlas yang ditunjukan oleh Cikgu Mala Tenang akan dapat di tawan.

Qaseh Bonda berkata...

Memang tidak relevan. Pada suruh MB Selangor letak jawatan adalah lebih munasabah untuk PM sendiri letak jawatan memandangkan semua negeri2 popular sudah bertukar tangan.

Sepatutnya Sabah Sarawak bersepakat memilih PM baru dikalangan mereka.
Takat kuat kat negeri2 ciput tu mana nak letak muka beb!!

Sebenarnya kekalahan lebih membakar semangat juang untuk menuju kejayaan hakiki.

Lainlah kalau berjuang untuk matawang.

Awanama berkata...

Umno memang tidak adil memerentah negara.Dia kata dia islam.Tapi dia berani berlaku tidak adil. Pemim[pin mereka tak ingat hari akhhirat. Sebab itu dia melakukan ketidak adilan dalam segenap segi terhadap rakyat.Pilihan reya juga penuh dengan ketidakadilan. Mereka banyak makan rasuah.Dan rasuah sesuatu yang biasa bagi mereka.Mereka makan duit rasuah yang haram ini. Sebab itu mata hati dia buta.Dia tak dapat membezakan antara yang haram dengan yang halal.Dia trak nampak hari akhirat. Kalau dia sembahyang dia baca" malikiyaumiddin". Dia tak tahu maknanya.Malikiyaumiddin maknanya Allah yang menguasai hari ugama (akhirat). Mereka yang hidup tak ikut agama, tak akan diterima. Neraka lah jawabnya.Pemimpin Umno mana ada guna ugama dalam pemerentahan? Bagi mereka ugama lain politik lain.Bermakna dalam politik tak ada ugama. Maka tak ada dosa.Neraka lah tempat mereka!