07 Januari 2011

Singa Laut yang Pandai "Menulis Tulisan Cina"

03 Safar 1432H.



JEPUN : Seekor singa laut yang berusia lapan tahun di Taman Hiburan Sea Paradise, Yokohama, Jepun kelihatan sedang menggunakan mulutnya menulis tulisan Cina "卯" untuk menyambut Tahun Arnab menurut kalendar tradisional China.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setahu saya orang jepun ni tak suka sangat dengan orang cina, pelik juga dia suruh singa laut belajar menulis tulisan cina, tapi kita hairan orang Malaysia yang senegara dengan orang cina tidak ramai yang tahu bahasa dan tulisan cina, seingat saya ada sebuah hadis Nabi SAW. bermaksud " Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negara China " saya tak pasti ilmu apa yang dituntut belajar di sana , apa yang pasti sebelum mempelajari ilmu-ilmu di situ bahasanya perlu difahami dahulu.

hadi alhuda berkata...

Kebesaran Allah ada dimana-mana. Namun terdapat sesetengah perkara telah dipilih oleh Allah s.w.t. sebagai menterjemahkan kekuasaan Allah secara nyata. Jika manusia yang diberi akal tidak dapat melihat maka apa lagi nak dipersalahkan.

Haiwan juga tahu menilai hadith "Tuntutlah ilmu walau ke Negeri Cina" dan 'Cina Islam' telah menterjemahkan dan pernah belajar secara lahiriah di negeri cina itu.

Para pendakwah sewajarnya ambil kira agar bangsa cina wajar diislamkan keseluruhannya kerana meraka mempunyai banyak petunjuk yang hebat; seperti taat kepada ibu bapa, rajin bekerja, ilmu matamatik yang cemerlang, semangat kekitaan yang begitu tebal, kuat menyimpan rahsia, tidak terlalu menyebuk dengan urusan orang lain, jati diri dengan kekuatan mempertahankan budaya yang tidak nampak akan terhakis dan banyak lagi.....

Semoga tersiarnya singa laut yang pandai menulis ini manusia sejagat mampu berfikir lebih kuat dan matang. Syabas blog DRS IDHAM.