02 Februari 2011

Tiga pesawat TUDM berlepas ke Mesir 12 tengah hari ini

28 Safar 1432H.

KUALA LUMPUR: Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berda di negara itu.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, berkata pesawat terbabit akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.
"Jam 12 tengah hari ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur.

"Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat itu seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari dan tepung," kataya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.

"...sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu," katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi jalan laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.

Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah terbabit 7,000 adalah pelajar.

Sinar/-

5 ulasan:

Wdad RhaffOr berkata...

sama2 doa kn smoga smua rakyat Malaysia di sana x jadi ap2...

Tanpa Nama berkata...

Aiii...guna pesawat TUDM je? Mana pergi duit?

Tanpa Nama berkata...

eloklah tu, daripada buang duit negara terbangkan FLOM a.k.a bik mama makan angin

Peluru Tabor berkata...

Bro.. Bantu susah... tak bantu lagi susah..... Kjaan menghantar 2 pesawat hercules c130 bersama-sama pesawat komersial MAS dan AirAsia serta beberapa buah Kapal Pengangkut dari Pelabuhan Eden untuk Misi ini... Selain itu semua laluan udara Kaherah-KL telah ditukar ke Kaherah-Jeddah untuk mempercepatkan proses mengeluarkan kesemua 11k rakyat Malaysia TANPA MENGIRA PARTI/ IDEOLOGI... Atleast berterima kasih la sikit...

Tanpa Nama berkata...

Itu tanggungjawab kerajaan lah.... kalau tak tukar kerajaan..