01 Mac 2011

PRK DUN Merlimau : PAS Ingatkan Ali Rustam Jangan Angkuh

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

JASIN 1 MAC : PAS mengingatkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam agar tidak terlalu angkuh dengan kuasa sekiranya tidak mahu tewas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang sedang berlangsung sekarang.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti Islam itu tidak bermimpi untuk merampas Merlimau daripada Barisan Nasional (BN) lapor The Malaysian Insider.

Sebaliknya, tegas beliau PAS benar-benar berhasrat untuk "menawan" Merlimau yang selama ini menjadi kubu kuat BN.

"PAS tidak sekadar bermimpi, tetapi kita memang secara sedar benar-benar hendak menawan bukan sekadar Merlimau, bahkan negeri Melaka dan juga Malaysia.

"Ini telah kita nyatakan berulang kali atas nama Pakatan Rakyat sedia ke Putrajaya bagi memperbetulkan kerosakan negara yang dilakukan oleh BN," katanya.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohd Ali yang menasihatkan PAS agar tidak bermimpi yang ia boleh merampas kerusi DUN Merlimau.

Ini kerana, jelas Mohd Ali, PAS tidak mempunyai jasa besar di Melaka, sebaliknya hanya tahu melemparkan pelbagai tuduhan berunsur fitnah terhadap kerajaan negeri pimpinan beliau.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan calon PAS Yuhaizat Abdullah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

Ini pilihan raya kecil ke-15 sejak 8 Mac 2008 dan yang pertama di Melaka.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang juga mengingatkan pemimpin Umno termasuk Mohd Ali agar tidak terlalu angkuh dengan kuasa yang ada.

"Keduanya, kita hendak ingatkan seluruh pemimpin Umno termasuk Ketua Menteri Melaka supaya tidak angkuh dengan kuasa yang ada.

"Parti Hosni Mubarak memenangi pilihan raya lebih 90 peratus, tetapi tumbang dengan kebangkitan rakyat.

"Begitu juga dengan kerajaan Firaun, Rom, Parsi yang pernah menjadi kuasa besar dunia juga runtuh dan Umno juga ada masa hayatnya akan berakhir," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti undi 2,154.

Tv Selangor/-

2 ulasan:

Qaseh Bonda berkata...

Melaka negeri bersejarah. Dia lupa sejarah agaknya maklumlah sibuk dengan matematik. Kira sana, tolak sini sana. Berapa rupiah lagi yang dia ada nak sumbat mulut baba dan nyonya...anak2 melayu melaka yang handal2 belaka.

Rambut hitam dan misai pun hitam belum menentukan kemudaan dia yang dah tua. Semuanya palsu dengan cat. Macam tu lah jugak tuan punya negeri yang berkepala rasuah.

Orang angkuh ada habuannya.

Tanpa Nama berkata...

klau pilihan raya je bn dan umno mesti ckp 'pembanggunan' tetapi pembanggunan dan lot kedai hanya mampu di miliki orang cina yg bukan islam ..
mmg orang melayu kurang pandai dalam perniagaan tapi klau malaysia dipimpin orang yang memang menghayati islam mcm krajaan pas , mesti ramai cina dan india yang masuk islam dan dan orang cina yg islam boleh membantu orang melayu dalam bidang perniagaan sekaligus meningkatkan ekonomi orang melayu .. lepas tu kita akan lihat kesepakatn cina , india dgn mlayu dlm sebuah negara ...
jadi pas perlu menang di merlimau !!!!