14 Mac 2011

Rumah Adun Teja dipecah masuk

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

GOPENG, 14 Mac: Rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang dipecah masuk dipercayai antara tengah malam hingga awal pagi ini, dengan beberapa laci digeledah.

Mengikut paparan twitter pemimpin PKR itu, bilik stor dan dapur rumahnya turut diselongkar, lapor Keadilan Daily.

(Gambar: Lih Kang memberi keterangan kepada polis.)

“Bilik stor pun kena selongkar, apa sebenarnya mereka (pencuri) mahu?” tulisnya dalam bahasa Inggeris.

“Dapur juga. Cari makankah?” sindir beliau.

Beliau melalui twitter itu, dengan mengambil kira kejadian itu mengkritik statistik jenayah menurun.

Laporan polis sudah dibuat dan polis sudah mengambil keterangan beliau berdasarkan gambar yang dipaut pada twitternya.

Maklumat terperinci berkaitan kejadian belum diketahui, setakat ini.

Lih Kang menjadi Adun Teja selepas mengalahkan calon Barisan Nasional, Yeu Sau Kham dengan majoriti sebanyak 175 undi, pada pilihan raya umum (PRU) ke-12.

Beliau memperolehi 6,533 undi berbanding lawannya 6,358 undi.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: