03 April 2011

800 terbunuh dalam keganasan antara kaum di Ivory Coast

29 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

ABIDJAN, Ivory Coast 3 April – Sekurang-kurangnya 800 orang terbunuh dalam keganasan antara kaum yang berlaku di bandar Duekoue, barat Ivory Coast minggu ini, lapor Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) semalam.

“Kami mendapat maklumat menyatakan sekurang-kurangnya seramai 800 orang terkorban pada 29 Mac di Duekoue dalam keganasan antara kaum,” kata jurucakap ICRC, Dorothea Krimitsas kepada Reuters.

Sementara itu, pegawai-pegawai ICRC melawat kawasan terlibat di Duekoue pada Khamis dan Jumaat lalu bagi meninjau keadaan dan keperluan penduduk malah mereka (ICRC) telah menghantar 28 mayat mangsa ke rumah mayat. – Reuters

Tiada ulasan: