04 April 2011

'Jangan harap kami sumpah laknat'

30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM - Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak sekali-kali akan bersumpah laknat meskipun polis sudah sahkan video seks yang didakwa membabitkan pemimpin PKR itu tulen.

Nurul Izzah berkata, beliau sudah menyatakan pendirian yang jelas mengenai perkara itu menerusi berita yang disiarkan sebuah portal dan mungkin orang yang mendesaknya berbuat demikian tidak mengikuti perkembangan dirinya dan keluarga, sebaliknya mahu terus menabur fitnah.

"Perkara ini tak timbul lagi. Siapa kata saya berdiam? Saya sudah buat kenyataan. Orang itu yang mungkin tak ikut perkembangan," katanya ketika diminta mengulas desakan Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin supaya dua beranak itu bersumpah bagi membuktikan mereka 'bersih' dan tidak bersubahat dengan Anwar.

"Tidak perlu saya dan ibu bersumpah kerana ikut hukum Islam, tuduhan zina mesti bersaksi dan usaha mengaibkan sesama Islam sangat dikecam, " katanya.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR berkata, beliau dan keluarga sentiasa berpegang kepada hakikat Allah Maha Mengetahui dan Maha Pembela, lebih-lebih lagi bagi mereka yang teraniaya.

"Apa yang terbaik untuk kami lakukan adalah bersabar, bertenang dan berdoa serta tumpukan pada perjuangan. Kami tidak akan melayan tindakan sembarangan," katanya.

Dalam kenyataan disiarkan 1 April lalu, Farahana berkata, Dr Wan Azizah dan Nurul Izzah perlu bersihkan diri daripada persepsi mereka bersubahat bagi menutup kebenaran dalam isu video seks demi kepentingan politik.

“Kegagalan bersumpah memberi gambaran mereka cuba menyelamatkan Anwar," katanya.

Ditanya perasaannya menghadapi situasi ini, Nurul Izzah berkata: "Anak mana tidak sedih dengan perkara itu (dakwaan video lucah)."

:Anak sulung daripada enam beradik itu berkata. mereka sekeluarga akan terus cari kekuatan dengan berdoa melawan tuduhan itu.

"Keberanian kami sudah memadai dan sumpah laknat tidak diperlukan," tegasnya.

Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar �sahkan rakaman video aksi seks yang dikatakan melibatkan pemimpin pembangkang itu adalah tulen.

Pengesahan itu dibuat pakar profesional yang dilantik polis minggu lalu dan hasil siasatannya akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.

Sinar Harian/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

benar... anak isteri, kaum keluarga pasti tahu dimana anwar berada...jadi jelas membuktikan kebenaran mereka.. jadi tak perl;u nak bersumpah!!!!Yang menjadi masaalahnya ialah manusia yang bertopengkan syaitan yang jelas 100% tidak tahu menahu ..cuma mendengar melalui bicara orang lain....tidak menyaksikan sendiri dengan kedua mata mereka......cuba hntuk menabur fitnah yang mereka sendiri jelas tidak melihatnya sendiri.. tidk beradaq disituasdai atau tempat berlakunya fitnah itu....... jadi siapa yang munafiq!!!

Tanpa Nama berkata...

kami ttp doakan kesejahteraan anda dan k'ga anda dari ancaman fitnah yg berterusan terutama pd mrk2 yg berkepentingan brgkali farahana tu mahu di lantik Senator sbb itu ligat sgt dia menghentam TGNA mcm2 tuduhan beliau buat ke atas pemimpin PR jgn layan org mcm ini yg cetek pengetahuan agama nya brgkali mrk2 ni lupa nak rujuk al quran apa dia dosa fitnah, sila lah rujuk Surat Al Hujerat Ayat:12 baca dan fahami lah supaya anda dan golongan anda tak menhimpun dosa kering tiap2 hari..jgn jadi org yg fasik dan munafik..