04 April 2011

P'raya Sarawak: PKR Tanding 47 Kerusi

30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SIBU 4 APRIL : Parti Keadilan Rakyat akan meletakkan calon di 47 daripada 71 kerusi pada pilihanraya negeri Sarawak 16 April ini, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengumuman itu menyerlahkan kemungkinan kira-kira 20 kerusi akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional, PKR dan SNAP iaitu parti politik paling lama di Sarawak.

Naib Presiden PKR Tian Chua semalam mengakui pihaknya semakin sukar untuk mencapai persetujuan dengan SNAP berhubung pengagihan kerusi untuk menentang BN pada pilihanraya itu.

Namun, beliau berkata PKR akan memberi laluan kepada SNAP di beberapa kawasan untuk memastikan kempen pembangkang bagi menamatkan pemerintahan 30 tahun Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak tersasar.

Anwar menjelaskan SNAP bukan ahli komponen Pakatan Rakyat di peringkat persekutuan sungguhpun kedua-dua pihak itu sebelum ini bertekad bekerjasama di peringkat negeri.

Tv Selangor/-

1 ulasan:

Kasturi berkata...

Kebatilan akan menang ke atas kebenaran disebabkan kebodohan.