19 April 2011

Liabiliti: Pemuda PAS Wilayah sanggah Aziz Bari

15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 April: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyanggah pandangan penganalisis politik, Prof Abdul Aziz Bari di dalam Malaysian Insider yang mengatakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, jika benar beliau menjadi liabiliti, sudah lama PKR dan DAP memutuskan hubungan dengan PAS.

Selain itu, katanya pandangan Aziz yang asyik mengulang isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan Presiden PAS tidak ubah seperti pandangan budak tadika sahaja.

Tambahnya, ia jelas menunjukan kelemahan bacaan politik beliau yang mana, di bawah kepimpinan presiden hari ini, PAS berjaya menguasai dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah walaupun gagal menguasai Terengganu pada 2008.

Malah, katanya jumlah kerusi PAS di Parlimen pada 2008, bertambah tiga kali ganda iaitu 24 kerusi dari 7 kerusi pada 2004.

“Sebagai Presiden keupayaan prestasi beliau dilihat berdasarkan keupayaan parti di seluruh negara bukannya di Terengganu sahaja. Dan ianya sudah cukup membuktikan kebangkitan semula kepimpinan PAS di bawah Presiden,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tuduhan Aziz yang turut mengatakan bahawa Presiden PAS menjadi punca kegagalan PAS memenangi mana-mana kerusi di Sarawak juga amat dangkal.

“Lainlah jika PAS sebelum ini pernah menang di Sarawak dan kemudiannya kalah semua kerusi dalam pilihan raya baru-baru ini,” katanya lagi.

Katanya, pilihan raya Sarawak 2006 menyaksikan PAS bertanding 1 kerusi tetapi kali ini 5 kerusi dan ini satu petanda bahawa Presiden PAS telah berjaya memainkan peranannya di dalam Majlis Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan ketika proses pembahagian kerusi.

Menurutnya, Aziz juga kelihatan agak bingung ketika mendakwa Presiden PAS adalah punca kegagalan 16 September.

“Di tadika manakah fakta ini diperolehinya?

“Adakah beliau ada membuat kajian ilmiah tentang hal ini sebagai prof atau sekadar mengantungkan lidah beliau pada hujahan berasaskan persepsi?” soalnya.

Nampaknya, kata beliau Aziz sengaja mengkambinghitamkan Presiden PAS dengan pelbagai tuduhan liar, hanya untuk melampiaskan nafsu amarahnya yang tidak ketahuan punca.

Justeru, DPPWP menasihatkan agar Aziz tidak memalukan golongan ahli akademik yang selama ini bercakap atas fakta dan kajian yang lebih berfakta.

Katanya, jika beliau tiada modal untuk bercakap baik diam sahaja dari terus melalak seperti orang bijak yang kelihatan kurang bijak menggunakan ilmunya.

“DPPWP hari ini cukup berpuashati dan memberikan sokongan penuh kepada Presiden PAS di atas usaha beliau membangkitkan semula keupayaan PAS setelah melalui zaman kekalahan pada 2004,” katanya.

7 ulasan:

hussin berkata...

“Peristiwa yang dikatakan mencuit perhatian ramai ketika kehangatan kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 itu berlaku ketika kedua-duanya bertembung semasa berkempen di Pekan Pusa, Betong pada Rabu lalu. Beberapa hari sebelum itu, media juga menyiarkan gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama Najib dalam majlis perasmian Kompleks Pemasaran Setempat, Taman Industri Automotif Pekan, Pahang.

Di dalam politik sudah tentulah, dua senario ini mendapat perhatian apatah lagi apabila ia membabitkan pemimpin dari dua parti besar orang Melayu iaitu UMNO dan Pas. Sememangnya sejak dulu lagi, ramai yang ingin melihat persengketaan antara dua parti besar tersebut berakhir.”

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0416&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm0

1. kehadiran tgna dalam majlis kompleks pemasaran setempat, taman industri automotif pekan, pahang adalah di atas kapasiti beliau sebagai mb kelantan.


2. kehadiran tghh dalam kempen prn Sarawak adalah di atas kapasiti beliau sebagai presiden pas yang menghormati najib sebagai pm. ia berlaku semasa kehangatan kempen di medan prn sarawak.

kedua2nya cuba dijadikan alasan kononnya “ramai yang ingin melihat persengketaan antara dua parti besar tersebut berakhir.” zulkifli bakar adalah “pakar” perpaduan kerana beliau tidak ketandusan idea membuat liputan mengenai “perpaduan” pas-umno. dia pasti ada saham dalam “kerajaan perpaduan” ini.

hadi tidak mampu memperjelaskan secara mendalam berkenaan “kerajaan perpaduan” yang dilontarkannya. membaca tulisan2 zulkifli bakar menggambarkan bahawa beliau lebih tahu mengenai “kerajaan perpaduan” ini. seolah2 “kerajaan perpaduan” sinonim dengan zulkifli bakar. mungkin idea “kerajaan perpaduan” ini milik orang lain yang dipersembahkan kepada hadi yang terus menerima pakainya tanpa merujuk kepada ajk pas pusat bersandarkan nasihat dari penasihat2 beliau, setiausaha agong dan timbalan presiden. ketiga2 mereka inilah yang telah “membeli” idea untuk menyelamatkan paklah. semasa mempertahankan “pertemuan dalam gelap”, timbalan presiden pas berhujah bahawa ia bukan untuk membawa pas masuk umno (macamlah ahli2 pas semuanya bodoh!).

kehadiran tgna yang cuba dijadikan penyedap dan pelunak kek “perpaduan”, insya’ Allah mudah ditolak. namun pertemuan hadi-najib mampu memberi saham untuk menimbulkan rasa curiga pengundi terhadap pas. itulah matlamat sebenar yang mahu diraih umno menjelang pru13. ia bukan sangat pasal “perpaduan”. ia lebih kepada biar pas lingkup asal umno berjaya.

“a picture tells a thousand words.” perhatikan gaya hadi bersalam dengan najib serta air muka hadi. usahlah bercakap pasal dosa2 umno kepada negara dan rakyat kerana semuanya akan terhapus dengan “perpaduan” pas dan umno. jika tidak, kenapa hadi tidak berhati2 dengan tindak-tanduknya, membuka sebanyak mungkin ruang untuk ‘mainan’ media arus perdana? ya, the picture really tells a thousand words.

selamat bermuktamarubah pas.

wallahu’alam.

anti-zul noording alghuyub berkata...

aku x sokong mana2.tapi kita kena teliti fakta apa Dr Aziz Bari nak
ketengahkan.Mungkin betul dan mungkin x betul.Aku nampak pemimpin2 PR ni x leh nak ditegur.Mula yg bawah nak melenting.
Kita jgn jadi UmnoApco.Puak2 tu langsung x leh nak tegur.
Kita kena terbuka dengan pandangan orang lain..
Rasa x betul panggil berbincang internally.

Tanpa Nama berkata...

Saya agak pelik dgn kwn-kwn kita,,,kalau ada pandangan drp Dr Aziz Bari, terimalah dgn hati yg terbuka. Tak perlulah menghentam beliau. Itu pandangan beliau. Kita juga ada banyak kelemahan.

Bila beliau mengeluarkan pendpt menyokong kita, semua OK, Bila sebaliknya, kita melenting. Kita perlu matang berfikir. Ubahlah pemikiran jika mahu terus berjaya.

Jgnlah fikir hanya kita semuanya betul.

Tanpa Nama berkata...

ini sanggahan mengampu....kalau pandangan saya secara kasar sebagai orang tak berparti, pandangan prof macam betul.

Qaseh Bonda berkata...

InsyaAllah PRU akan datang, PAS sapu berseh Tengganu. Bukan apa, Tengganu pun celek IT. Bila nak perubahan drastik dema kena gak tukar tampuk sekejap. Pastu wal hasil balik asal.

Prof sekarang ramai prof yang cari makan hasil ampu mengampu. Ramai yang sudah permanent head damage. Hari ni cakap lain esok cakap lain.

Kajilah sampai mampus pun takkan jumpa yang sempurna. Prof macam tu yang jadi liabiliti pada bangsa dan ugama. Buat ja kerja mengikut amanah yang diberi.

Nak tunjuk pandai, gantung topi. Masuk politik. Jangan dok pandai gebang tak tentu pasal.

Tanpa Nama berkata...

Salam bro,
Article ni ok.
namun saya lebih tertarik dgn Artcile TGHH sendiri. dan yg paling tertarik dgn kata2 beliau dkt bawah ni. Semoga kata2 ini juga jadi panduan utk ahli1/pemimpin pas kawasan dan sbgnya. Jgn jadi mcm dahulu ada shj kelompok2 tertentu yg cuba utk menangkan kelompok dia shj dgn pelbagai2 alasan dan tohmahan yg tak sesuai sbg
pejuang islam. TGHH cakap semua org boleh bertanding tak kira latar belakang dan pendidikan. Jgn ade lagi geng2 yg kata pos hanya utk org ni shj. org ni tak sesuai dan sbgnya.. bertandinglah secara sihat dan baik..cubalah juga ikut cakap TGHH dalam bab ni. jgn setengah bab tingal, setengah bab ambil.. nanti jadi mcm umno.

"Alu-aluan itu bukan hanya tertakluk bagi jawatan parti di peringkat kepimpinan paling kecil di cawangan dan bahagian, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi yang melibatkan jawatan Presiden, Timbalan dan Naib.

"Bagi jawatan Presiden sendiri, jika ada pencalonan yang diterima oleh pemimpin lain untuk menentang saya, saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya pun bukan untuk menjadi pemimpin selamanya. Sebaliknya, saya sendiri pun dah semakin berumur dan memang memerlukan barisan pelapis," tegas beliau.

Jadi jika ada pencalonan terhadap seseorang pemimpin PAS untuk memegang sebarang jawatan dalam parti yang melibatkan pelbagai latar belakang dan pendidikan, katanya, ia sepatutnya disambut oleh para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS dengan semangat perpaduan yang tinggi kerana di dalamnya pasti terkandung hikmah amat besar bagi PAS."

Tanpa Nama berkata...

As'salam, setiap pandangan tu ambil lah sebagai membina, x salah kiritikan tu negative/positive. Jadi utk perubahan jgn le kita melenting. selalunya kita nie sok sendiri bila kita mendapat pujiaan.
Bagi sy, semua nie membina bagi menuju perubahan.