24 April 2011

Memo Editor Kilang Rugi, 30 Mesin Musnah Akibat Ribut

20 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


PETALING JAYA – Sebuah kilang elektronik mengalami kerugian bes:ar apabila 30 mesin memproses alat semikonduktor musnah akibat ribut di Sungai Way, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, papan lapis dari sebuah tapak pembinaan tempat letak kereta, di belakang kilang tersebut, terbang ditiup angin sehingga menimpa bumbung premis.

Kejadian menyebabkan bumbung kilang pecah dan sebahagian mesin itu musnah kerana ditimpa hujan.

Pakar Pengeluaran Mekanikal, R Maniam, 40 berkata, ketika kejadian, terdapat enam pekerja operator sedang menjalankan operasi terhadap 60 buah mesin.

“Secara tiba-tiba, kami terdengar bunyi dentuman yang kuat. Kami semua terus keluar menyelamatkan diri.

“Bunyi tersebut kedengaran hampir 15 minit dan selepas itu, didapati bumbung kilang pecah teruk. Sebanyak 30 buah mesin termasuk produk yang sudah siap musnah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Kejadian juga menyebabkan tiga buah kenderaan iaitu dua Proton Iswara dan Perodua Kancil turut musnah ditimpa papan dari tapak pembinaan tersebut.

Tiada ulasan: