24 April 2011

Penyamun Tamak Terima Padah ditembak Polis

20 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

MELAKA – Tidak puas dengan hasil samun yang diperoleh daripada sebuah stesen minyak di Jalan Munsyi Abdullah di sini, dua penjenayah menyamun pula sebuah stesen minyak di Tengkera selang 15 minit selepas itu malam kelmarin.

Sikap tamak mereka bagaimanapun membawa padah apabila salah seorang daripadanya ditembak dan ditahan polis ketika melakukan samun kedua.

ANGGOTA polis menjalankan siasatan di sebuah stesen minyak yang cuba disamun di Tengkera, Melaka

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kejadian pertama di sebuah stesen minyak di Jalan Munsyi Abdullah itu berlaku kira-kira pukul 9 malam.

Menurutnya, ketika melakukan samun kedua, salah seorang penjenayah itu memasuki kaunter bayaran dan mengugut juruwang wanita berusia 20-an dengan sebilah pisau agar menyerahkan wang.

“Dua anggota polis yang menyamar dalam Ops Kios di stesen minyak ini menggagalkan cubaan samun tersebut.

“Suspek kemudian keluar dari kaunter dan menyerang anggota polis tersebut dengan pisau menyebabkan satu tembakan terpaksa dilepaskan dan mengena bahagian kiri perut suspek,” katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagus mcm tu lah polis kena bertindak bukan dah cedera baru nak guna senjata.