30 April 2011

PAS tegas akan bersama Pakatan - Mustafa Ali

26 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 April: PAS dengan tegas menyatakan akan kekal bersama dengan Pakatan Rakyat bagi mempastikan proses pembentukan sistem dua parti berjalan dengan baik di negara ini, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi dan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai kenyataan yang tidak sihat untuk perkembangan politik di negara ini.

Mustafa (gambar) mengulas kenyataan Najib yang sekali lagi menjemput PAS untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) walaupun sudah beberapa kali ditolak oleh PAS.

Chua pula berkata, MCA tidak akan berada dalam kabinet lagi jika parti itu tidak mendapat sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.

Najib hari ini mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

“Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Najib ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat sini.

Najib mengadakan lawatan kerja ke Terengganu hari ini. Sebelum ini timbalan beliau, tan Sri Muhyidin Yasin juga datang ke Dun Manir, kawasan yang diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib.

"Suka saya tegaskan sekali lagi, PAS akan tetap komited bersama dengan Pakatan Rakyat - bagi mempastikan proses pembentukan sistem dua parti berkembang dengan baik di negara ini demi kepentingan masa depan Malaysia," kata Mustafa dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.

Bagi Mustafa, kenyataan Najib dan Chua ini hanya kenyataan politik.

Menurut Mustafa, mempunyai orang Melayu sepenuhnya di pihak kerajaan manakala pembangkang pula Cina adalah satu ciri-ciri kemusnahan kepada negara yang tercinta ini.

"Jadi PAS tidak akan membiarkan dirinya ke arah itu," tegas beliau.

4 ulasan:

ANTI-UG berkata...

Cukuplah tu tak payah nak diulang2 komitmen Pas dalam Pakatan. Rakyat dah ahli dah maklum Pas tetap dalam Pakatan. Lantaklah umno, melalui ketuanya Najib, menyalak pagi petang minta Pas putuskan hubungan dengan DAP dan PKR. Jangan mudah melatah, pantang dicucuk. Lantak Umnporno nak kata apa. Jangan dilayan walau sesaat pun. Ingat!!!! jangan kerana adanya amalan baiah dlam parti, pemimpin boleh buat keputusan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan ahli kebanyak.No more UG. To hell with UG. To hell with UG...to hell with UG...TAKBIRRRRRRRR

Tanpa Nama berkata...

Perjuangan untuk sistem 2 parti memang baik dan sangat bermanfaat untuk masadepan negara. Saya yakin mejoriti rakyat mahukan itu. Malangnya dalam konteks semasa, DAP bukanlah rakan yang strategik untuk masadepan perjuangan parti. Ini kerana, dasar perjuangan mereka sangat bercanggahan dalam segala sudut dan keihlasan mereka sangat2 diragukan. Lagipun, setakat ini kerjasama ini lebih banyak menguntungkan mereka. PKR pula asas perjuangan sangat longgar. PKR bakal menjadi liabiliti. PAS akan terheret sama dengan masalah semasa yg sangat sukar dinafikan kebenarannya kepada rakyat. Ini masa terbaik untuk mengkaji semula kerjasama dengan PKR. Demi masa depan dan kelansungan perjuangan mungkin kerjasama dengan parti2 lain seperti MCA, PPP, Gerakan dan parti2 kecil di sabah dan sarawak (yang kecewa dengan BN bakal membentuk pakatan yg benar2 kukuh dan realistik dan mampu menarik sokongan rakyat. Wallahua'lam

Tanpa Nama berkata...

Ada kah cakap2 sistem 2 parti ini sekadar mahu menjadi pembangkang sahaja????...bersuara apabila menjelang pemilihan parti sudah tentu tidak menampakkan ikhlasan.

Tanpa Nama berkata...

Sejak dari dulu, otak kita telah diberi acuan bahawa DAP adalah parti orang Cina yang ekstrem, PAS perosak orang Melayu. Hanya BN yang mampu memerintah. Fikir2kan lah.