28 April 2011

PKR gantung Murali

24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA, 28 April: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggantung keanggotaan Murali a/l Subramaniam dari Cabang Puchong berkuatkuasa serta-merta.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, jawatankuasa telah menerima aduan daripada empat anggota PKR pada tahun 2010 dan setelah mengadakan pendengaran dan mendapat penjelasan daripada S. Murali, secara sebulat suara mendapati beliau bersalah atas beberapa dakwaan.

Jelasnya, kesalahan itu kerana mengkritik kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor mengenai peruntukan Kerajaan Selangor terhadap Sekolah-Sekolah Tamil di dalam media, merusuh atau mengganggu perjalanan dialog yang dipengerusikan Dr. Halimah Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor di Annexe SUK Selangor serta mengetuai sekumpulan orang menyerang Kumareval a/l Subrayan dalam dialog tersebut dan bersikap kasar terhadap Teresa Kok ketika beliau melawat Sekolah Tamil di Puchong.

“Justeru, keputusan Jawatankuasa Disiplin tentang Sdr Murali telah dimaklumkan kepada Biro Politik pada 27 April 2011, dan dengan menggunakan kuasa yang diberikan oleh Majlis Pimpinan Pusat, Biro Politik memutuskan untuk menggantung keanggotaan Murali dengan serta-merta,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Harakahdaily

Tiada ulasan: