15 Mei 2011

11 Imam Korban Serangan Nato dikebumi

12 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



TRIPOLI: Penduduk Libya semalam mengebumikan 11 imam yang terbunuh dalam serangan Nato yang mensasarkan pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi.

Semua imam berkenaan terbunuh dalam serangan awal kelmarin di bandar Brega. 
Sekurang-kurangnya 50 orang lagi cedera dalam serangan udara itu dengan lima daripadanya parah, kata jurucakap kerajaan, Mussa Ibrahim. 

Nato dalam kenyataannya berkata, serangan terhadap Brega itu dilakukan kerana bangunan yang menjadi sasaran digunakan oleh rejim Gaddafi bagi menyelaraskan serangan terhadap orang awam.

Dalam pada itu, sekumpulan imam yang terselamat dalam serangan itu menggesa umat Islam seluruh dunia bertindak balas dengan membunuh 1,000 musuh Islam bagi setiap imam yang terbunuh dalam serangan berkenaan. 

AFP

2 ulasan:

Awanama berkata...

Ini adalah salah satu penipuan yang dibuat oleh Regim Gadaffi bertujuan untuk mengekalkan kuasanya dan menindas rakyatnya dan terus menerus memeras dan merampas hasil mahsul negara Libya.

Menurut seorang sahabat yang berada di Libya, banyak dalam cubaan yang dilakukan oleh Gadaffi untuk menunjukkan kepada dunia bahawa NATO membunuh orang awam. Sedangkan yang sebenarnya berlaku adalah sebaliknya. Askar-askar upahan Gadaffi merogol dan membunuh rakyat Libya dengan kejam. Mereka dibunuh tanpa belas kasihan tanpa mengira usia dan umur...

NATO/PBB dan Perancis yang selama ini membantu rakyat Libya dengan membedil kapal-kapal Gadaffi serta menyekat kemaraan tentera Gadaffi daripada terus-menerus membunuh rakyat Libya cuba diputar-belitkan kenyataan oleh Gadaffi sendiri. Menyatakan seolah-olah beliau adalah hero yang menyelamatkan penduduk Libya. Sedangkan, merekalah yang membunuh dan merogol rakyat sendiri...

Sentimen seumpama ini jugalah yang dilakukan oleh UMNO/BN kerana terdesak apabila era kegemilangan UMNO/BN sudah berakhir. Maka mereka cuba sedaya upaya membawa sentimen menakutkan rakyat dan cuba mendapat simpati dari rakyat. Tujuannya; tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk kepentingan sendiri dan mengekalkan kuasa yang sedia ada.. Mampuih UMNO/BN! Takbir..!

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Salam buat tuan

Dalam keghairahan NATO Mengebom dan meghujani Tripoli dengan peluru maka kejadian ini kembali mengingatkan saya kepada PERANG JAMAL dalam sejarah Islam.

Titik permulaan yang menyebabkan NATO bertindak apabila para perusuh tak dapat dikawal dan pihak pemerintah terpaksa melepaskan tembakan yang menyebabkan terjadi korban sesama bangsa dan agama.
Yang untungnya musuh dapat menjejak kaki ke bumi Islam.

Maka rentetan inilah yang membuka pintu kehancuran negara Libya hasil dari tangan-tangan bangsa sendiri. Begitu jugalah berlakunya korbann para sabahat dari kalangan dua pihak yang bersengketa dalam perang Jamal di sebabkan berbeza pandangan dan pendapat. Hasilnya yang menang jadi arang yang kalah jadi abu. Terlalu banyak sejarah yang perlu kita belajar dan renungi dan jangan terlalu ghairah untuk menyalahkan orang dan menumbang satu-satu kerajaan kerana yang akan terbina nanti bukanlah jaminan sebaik yang ada. Jika yang ada sekarang ada cacat cela maka perbaikilah dengan hikmah

Dan bukan nya meruntuh dan membina rumah baru yang mungkin kos dan resikonya amat mencabar ...walahualam