03 Mei 2011

Persatuan Pengguna : Rakyat Terbeban, Harga Barang Terus Naik

29 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 3 MEI : Kedudukan ringgit yang semakin kukuh dan pelaburan asing yang meningkat seperti yang dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberi manfaat kepada masyarakat umum jika Bank Negara tidak memberikan tanda aras kesan kenaikan ringgit kepada kehidupan seharian rakyat.

Akibat dari itu, rakyat tidak merasakan sebarang penurunan pada harga barangan sebaliknya merasakan beban tanggungan semakin meningkat.

Demikian pandangan Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Dr Jacob George.

“Bila kita nak terjemahkan kenaikan harga atau kekuatan harga kita, Bank Negara dan agensi-agensi kerajaan perlulah mengadakan satu penanda aras di mana mereka boleh menukarkan kenaikan itu kepada belanja kehidupan sehari-harian kita. Baru ia membawa manfaat kepada pengguna dan tidak bebankan pengguna, lagi"katanya kepada Tv Selangor.

Menurut Dr Jacob, Malaysia merupakan sebuah negara 'unik' yang sering menaikkan harga barangan tertentu apabila pasaran dunia menaikkanya, namun apabila harga diturunkan, kita tidak berhasrat untuk menurunkannya.

Oleh itu katanya, peningkatan nilai ringgit di negara ini tidak memberi kesan kepada rakyat kerana ia tidak meliputi harga barangan di negara ini.

“Kita hendak kerajaan pusat memberitahu apa guna kenaikan ringgit jika tidak membawa apa-apa faedah kepada pengguna.Jadi ini satu cerita yang susah kita nak jawab sekarang. Ini satu soalan yang pakar-pakar boleh jawab,"katanya lagi.

Dr Jacob juga turut mendesak kerajaan mengambil langkah-langkah perlu bagi membendung harga barangan yang terus membebankan pengguna.

Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa Najib menjelaskan bagaimana kos sara hidup rakyat semakin melonjak sedangkan Perdana Menteri dengan bangga mengatakan bahawa inflasi negara stabil pada tahap 2.3 peratus dalam tempoh tiga bulan lalu.

Malah Najib juga mendakwa ringgit juga semakin kukuh ekoran asas ekonomi yang semakin baik.

Namun kata Guan Eng timbul persoalan apabila rakyat tidak menerima sebarang penurun dalam harga barangan import dan perkhidmatan.

Tv Selangor/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan,

Nampaknya kerajaan tidak berminat untuk membantu rakyat menangani masaalah kenaikan barang keperluan harian. Kalau tidak masakan KPDNHP yang diterajui oleh Ismail Sabri tidaklah bisu pekak sejak sekian lama.

Masih wujud lagikah Kementerian tersebut? Adakah Ismail Sabri dah berhenti jadi menteri dan bekerja sebagai pengurus anaknya yang menjadi artis tu.

2. senang cerita, tutup sahaja kementerian Ismail sabri tu. Beratus-ratus juta setahun dapat dijimatkan dan wang tersebut boleh diguna untuk perkara-perkara yang lain.

3. Ingin saya sarankan agar PAS menganjurkan satu demo aman dihadapan Kementerian Ismail Sabri ini menuntut agar Kementerian tersebut dibubarkan sahaja. Kita minta ibu-ibu dan suri rumah semua turut sama berdemo.

bat8