03 Mei 2011

Pengkebumian Jenazah Osama Di Laut Satu Penghinaan - Ulamak

29 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KAHERAH 3 MEI : Jenazah pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden telah dikebumikan di utara Laut Arab dari atas geladak kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat, USS Carl-Vinson.

Ini dilakukan selepas jenazah beliau dimandikan dan dilaksanakan mengikut cara Islam, kata pegawai pertahanan Amerika, semalam.

Dalam pada itu, beberapa ulama menyatakan persemadian Osama di laut sebagai melanggar tradisi Islam dan akan menjurus militan untuk menuntut bela dengan menyerang sasaran Amerika.

Sebilangan besar ulama kanan menyifatkan tindakan Amerika itu sebagai satu penghinaan dan tidak mengendahkan amalan mengebumikan jenazah dalam kubur dan menghadap ke kiblat di Makkah.

Menurut mereka, persemadian di laut hanya dibenarkan dalam kes tertentu seperti apabila kematian berlaku di atas kapal yang sedang berlayar.

Imam Besar Masjid al-Azhar, Sheik Ahmed al-Tayeb, berkata persemadian Osama di laut "bertentangan dengan prinsip syariah, nilai agama dan amalan kemanusiaan".

Seorang ulama di Lubnan, Omar Bakri Mohammed, berkata: "Amerika mahu menghina orang Islam menerusi persemadian seperti ini dan saya tidak fikir ia satu kebaikan untuk pentadbiran Amerika."

Osman dibunuh dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad, Ahad lalu.

Sementara itu, seorang jurucakap Universiti Al-Azhar berkata Islam menentang pengkebumian di dalam laut.

"Jika benar mayat itu (Osama) telah dicampak ke dalam air, maka Islam menentang sepenuhnya perkara itu," kata Mahmud Azab yang juga merupakan penasihat Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb.

Katanya, setiap mayat jika menjadi mangsa bunuh atau mati secara semulajadi mesti dihormati. Mayat penganut agama atau tidak, Islam atau Kristian, mesti dihormati.

"Islam hanya membenarkan pengkebumian di dalam tanah kecuali kes yang tidak boleh dielakkan seperti mati lemas," tambahnya.

Tv Selangor/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada berapa Osama??? Dulu kan kata Osama dah dibunuh.... isy..isy... tak malu betul Amerika ni, saling tak tunpah macam UMNO/BN,asyik buat cerita dongeng berdengung!

Apa pun tahniah Osama! Musuh sangat takut kepadamu...Semoga Allah sentiasa memeliharmu hidup atau mati dan semoga Allah membina sebuah rumah untukmu di sisi-Nya.

Tanpa Nama berkata...

tentu ada negara yang akan mengikut jejak amerika membunuh luar sempadan sesuka hati