03 Mei 2011

Salleh desak bomoh asing Taib diusir

29 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Seorang bekas pemimpin Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) mendesak Kementerian Dalam Negeri supaya menghantar pulang tiga bomoh asing Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dari Sarawak kerana telah mengkucar-kacirkan politik negeri itu.

Salleh Jafaruddin menggesa rakyat Sarawak bersatu menuntut 'bomoh asing' berkenaan diusir kerana menguasai ketua menteri tersebut dalam kebanyakan keputusan berhubung negeri itu.

Beliau mendakwa dua pupunya itu kini ibarat tidak dapat dibantu berikutan kematian isteri pertamanya dua tahun lalu dan Taib (kiri, berbaju unggu) di bawah pengaruh bomoh-bomoh asing berkenaan sejak 10 tahun lalu.

“Beliau dan negeri Sarawak akan akhirnya musnah jika tiada tindakan diambil segera bagi menghentikan pengaruh bomoh ke atasnya,” kata bekas menteri pelajaran itu dalam satu kenyataan semalam.

“Jangan biarkan pengaruh mereka memerintah Sarawak dan memusnahkan legasi demokrasi kita. Mari kita bersatu bagi menghentikan pengaruh tersebut sebelum terlambat.

“Saya gesa menteri dalam negeri di Kuala Lumpur supaya segera membatalkan pas imigresen yang dikeluarkan kepada ketiga-tiga bomoh itu supaya mereka boleh diusir dari negara ini. Jika tidak rakyat Sarawak perlu bangkit menunaikan hak mereka menangkap bomoh tersebut,” kata Salleh.

Salleh, yang bertanding menentang Taib di kerusi DUN Balingiant, bersemuka dengan bomoh berkenaan pada hari penamaan calon. Antara mereka seorang rakyat Australia, Stella, yang nama sebenarnya adalah Kharleen Tashman.

Katanya lagi, kemenangan BN pada 27 kerusi majoriti pengundi Melayu/ Melanau bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.

Dakwa Salleh (kiri, bertopi), kemenangan berkenaan dicapai melalui pembelian undi dan juga ancaman oleh kumpulan 'samseng' ke atas orang ramai pada hari mengundi.

“Kebetulan saya terserempak dengan ramai daripada mereka pada hari mengundi di Balingian dan bersemuka dengna beberapa kumpulan yang cuba mengugut orang ramai di pusat mengundi sewal jam 8 pagi lagi,” kata Salleh.

Malaysiakini/-

Tiada ulasan: