30 Jun 2011

Kemenangan BN : Muhyiddin jangan terlalu yakin dan angkuh.

28 Rejab 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
Pejabat ADUN Titi Serong/
Ketua Sekretariat PR Perak.

Saya ingin menyatakan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin supaya jangan terlalu yakin dan agkuh dengan kemenangan yang dinikmati sejak 53tahun lalu dengan menyatakan kepada dunia bahawa majoriti rakyat Malaysia masih percaya dengan karajaan sekarang dan selepas PRU13 bagi memboleh mereka (Pemimpin UMNO-BN ) terus menikmati kewewahan hasil dari wang rakyat.

Sebenarnya UMNO-BN perlu menerima hakikat bahawa rakyat telah menolak kerajaan mereka dengan kemenangan 5 negeri oleh Pakaran Rakyat pada 2008 lalu, itu pun berlaku dalam keadaan sistem pilihanraya Malaysia sedang ditadbir BN dengan cara yang tidak adil , tidak saksama, zalim serta berat sebelah disamping penyalahgunaan kuasa pelbagai kementerian dan agensi menjadi penentu kepada kekalnya kuasa BN.

Pakatan Rakyat telah menyampaikan maklumat mengenai salahlaku kerajaan sekarang serta keadaan sebenar Malaysia dari semua aspek baik ekonomi dan lain-lain hal supaya rakyat Malaysia tahu apa yang UMNO BN telah buat dalam Negara ini.

Pakatan Rakyat akan terus komited dengan dasar Negara berkebajikan terhadap seluruh rakyat, tetapi UMNO BN terus takut dengan perkataan kebajikan kerana sememang pada hakikatnya mereka tidak mahu dan tidak mampu berjuang dengan dasar tersebut.

Itulah perbezaan kerajaan UMNO-BN dan juga Pakatan Rakyat yang akan menubuhkan kerajaan PR jika menang pada pru 13 nanti.

Mereka (UMNO-BN) cuma perjuangkan kepentingan rakyat dalam kelompok tertentu dan terpilih dan jauh berbeza dengan apa yang diperjuangkan sepertimana yang berlaku dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Kepentingan rakyat bukan lagi agenda utama UMNO BN apabila mereka mengatakan bahawa Kerajaan Pusat telah memberi subsidi kepada rakyat sebanyak RM74 bilion dan oleh sebab itu perlu dimansuhkan kerana dengan alasan kerajaan telah terbeban.

Jumlah sebenar subsidi yang telah disampaikan kepada rakyat setelah dikaji mengikut pecahan hanyalah RM3 bilion, itupun kebanyakannya telah dibolot oleh kroni mereka (UMNO-BN) dan rakyat terus ditipu melalui media pro UMNO BN bahawa rakyat telah diberi subsidi sebanyak RM74.

UMNO BN menggunakan alasan tersebut untuk menjaga kepentingan beberapa kerat pemimpin UMNO BN untuk menjadikan mereka lebih kaya dengan wang rakyat dan sumber khazanah Negara.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 30 Jun 2011.

Tiada ulasan: