29 Jun 2011

Tuntutan perubahan yang membawa padah isu sebenar Himpunan Bersih dihalang.

27 Rejab 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
Pejabat ADUN Titi Serong/
Ketua Sekretariat PR Perak

Saya ingin menyatakan rasa kesal terhadap parti pemerintah yang telah menerajui Malaysia buat tahun yang 54 namun telah gagal untuk meletakkan Malaysia sebagai Negara yang memiliki pemimpin yang terbaik dengan meletakkan perlembagaan sebagai pemandu arah untuk menjaga rakyat.

UMNO-BN sebenarnya tidak menghormati perlembagaan yang mereka junjung sendiri, dalam masa sama mereka memberi nasihat kepada rakyat supaya menjaga Negara dari ancaman bahaya unsur luar. Sedangkan bahaya sebenarnya datang dari pemimpin negara yang sewengnya mencabul hak rakyat dan perlembagaan.

Himpunan Bersih yang jelas tidak bercanggah dengan peruntukan dalam perlembagaan yang menyebut bahawa rakyat ada hak untuk berbuat demikian iaitu berkumpul secara aman namun telah digambarkan dengan pelbagai momokan dan istilah yang tidak sewajarnya.

UMNO-BN telah cuba menutup segala ruang bagi rakyat untuk meyampaikan mesej yang penting kepada pemerintah dalam isu penting Negara iaitu soal pilihanraya yang benar-benar bersih dan adil.

Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan tanpa senjata.

Perkara itu juga adalah selaras dengan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang memperuntukan serta menyebut bahawa setiap orang mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan untuk berpersatuan.

8 tuntutan yang diperjuangkan dalam NGO-NGO yang bernaung bawah BERSIH merupakan hak rakyat, kerana rakyatlah yang turun mengundi, ianya jelas bukannya hasrat beberapa kerat golongan pemerintah yang ingin kekal berkuasa sehingga wujudnya sekatan terhadap rakyat untuk berhimpun.

Isu sebenarnya ialah kebimbangan UMNO-BN yang takut kehilangan kuasa sekiranya Piliharaya di Malaysia dikendalikan secara lebih adil sebagaimana yang dituntut sekian lama namun dibiarkan berlarutan tanpa jalan penyesaian.

Kerana itu Himpunan Bersiah adalah gambaran betapa rakyat bertindak menyuarakan hak yang telah dizalimi sejak sekian lama dalam soal pengendalian Piliharaya di Malaysia. BN yang terus berkuasa dengan jalan yang jijik itu sudah tentu tidak sanggup menghadapi gelombang rakyat yang mahukan perubahan yang membawa padah kepada kejatuhan BN dalam masa terdekat.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 29 Jun 2011.

Tiada ulasan: