05 Julai 2011

Anggota trafik parah kemalangan

3 Syaaban 1432H. [MOD] -

KANGAR - Seorang anggota polis cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis cedera parah dalam kemalangan jalan raya berhampiran jejantas Seriab-Kuala Perlis, di sini, hari ini.

Sjn Syed Zainuddin Syed Abd Aziz, 50, yang cedera di kaki, tangan dan bahagian tulang belakang kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Noordin berkata, dalam kejadian pada pukul 7.40 pagi itu, motosikal yang ditunggang Syed Zainuddin dilanggar sebuah motosikal lain menyebabkan anggota polis itu hilang kawalan dan terbabas.

Ketika kejadian, Syed Zainuddin dalam perjalanan dari rumahnya di Kuala Perlis menuju ke tempat kerja, katanya ketika ditemui semasa melawat anggota polis itu di HTF di sini.

Abdul Rahman berkata penunggang motosikal yang melanggar motosikal mangsa itu melarikan diri.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi balai polis trafik di talian 04-9778563 bagi membantu siasatan. - Bernama

1 ulasan:

Awanama berkata...

ingatkan kemalanngan masa nak kejaq lori bersih...kalu eksiden macam tu biasa le sebab bawak laju