16 Julai 2011

DAP Sarawak jangan guna media massa untuk salur pandangan

14 Syaaban 1432H. [MOD] -
Kenyataan Media PAS Sarawak
Mengenai kenyataan SU DAP Sarawak

PAS Sarawak merasa tidak perlu bagi Chong Chieng Jen setiausaha DAP Sarawak mengeluarkan kenyataan membantah larangan Kerajaan negeri Kedah membuka pusat hiburan pada bulan ramadhan dalam media massa. DAP Sarawak hanya perlu menyalurkan pandangan mereka terus ke kerajaan negeri Kedah tanpa menggunakan media massa kerajaan. Sekiranya berlaku perkara yang dirasakan tidak sesuai dengan pandangan mana-mana parti komponan dalam Pakatan seharusnya dibincang secara dalaman bukan menggunakan media yang boleh merosakkan hubungan dalam pakatan rakyat sendiri.

Kita tidak perlu berbalah melalui saluran media sebab peluang semacam inilah yang ditunggu oleh pihak lawan (BN) untuk menentang kita balik. Ingat musuh politik kita sentiasa mencari kelemahan kita jadi jangan membiarkan diri kita terperangkap dengan masalah diri kita sendiri.

Di harap sebarang masalah yang melibatkan pakatan rakyat perlu di bincang secara dalaman oleh pihak kepimpinan pusat agar perkara yang tidak diingini jangan berlaku di masa hadapan. Kita mesti bekerjasama untuk mencapai impian rakyat.

Kita sarankan agar Pakatan lebih memberi tumpuan kepada kebajikan masyarakat daripada masalah dalaman parti. Selesaikan secara bijaksana agar rakyat menyakini pemerintahan Pakatan Rakyat di masa hadapan.

Yang menjalankan amanah
Jofri Jaraiee
Timbalan Pesuruhanjaya PAS negeri Sarawak

Tiada ulasan: