02 Julai 2011

Exco S'gor ditangkap selepas ceramah dengan MB

30 Rejab 1432H. [MOD] -

Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu ditangkap selepas tengah malam tadi dan dilaporkan 'dipaksa' keluar dari kereta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang ditumpanginya.

Pada kejadian 12.20 pagi itu, beberapa ahli exco baru sahaja selesai menghadiri sebuah majlis ceramah di Hulu Selangor dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur sebelum ditahan oleh polis pada pertengahan jalan.

NONEMenurut rakan exco yang juga saksi kejadian Elizabeth Wong (kanan), mereka berkonvoi kira-kira “lapan atau sembilan” kereta yang diketuai oleh sebuah kereta peronda polis di sebatang jalan di Rawang apabila tahanan dibuat.

"Kereta peronda di hadapan kami tiba-tiba mula bergerak perlahan manakala sebuah lagi kereta peronda memecut dari belakang kami. Liu yang bersama Khalid dibawa ke kereta peronda itu tanpa sebarang penjelasan,” kata Wong yang memerhatikan kejadian dari keretanya.

Katanya, ceramah berkenaan dianjurkan oleh kerajaan negeri dan Liu sebelum itu ada berucap tetapi beliau tidak pasti kandungan ucapannya kerana beliau tiba hanya selepas rakannya itu selesai berucap.

Khalid kemudian menulis di akaun Twitter peribadinya bahawa Liu ditangkap kerana meminta rakyat turun bersama menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

Menteri Besar itu juga menulis Liu ditahan di balai polis Serendah.

Menurut setiausaha publisiti Pemuda DAP Selangor Lim Swee Kuan, Liu kemudiannya dibebaskan kira-kira jam 3.40 pagi dengan jaminan polis sebanyak RM3,000.

Usaha menghubungi ahli exco itu setakat ini buntu.NONESejak minggu lalu, polis terus menghambat penyokong perhimpunan BERSIH dengan menangkap tidak kurang 100 orang di seluruh negara, termasuk wakil rakyat Pakatan.

Sebahagian besar mereka dicekup kerana memakai baju kuning BERSIH 2.0.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin pada 29 Jun lalu mengumumkan bahawa kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga adalah haram.

Malaysiakini/-

1 ulasan:

PUTRA 1511 berkata...

maka bersabarlah wahai pejuang demokrasi..hari ni depa nak wat kje gla..maklum la orang ngah gle ni...jgn kte yg hilang sabar sudah la...