02 Julai 2011

Najib di Kelantan hari ini.

30 Rejab 1432H. [MOD] -

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Kelantan dalam lawatan kerja sehari ke negeri itu.

Sementara itu Lawatan Najib adalah semasa YAB Menteri Besar Kelantan telahpun berlepas beberapa hari lepas ke Uzbekistan, negeri bekas jajahan Russia itu dalam rangka menziarahi makam Imam Bukhari dan Imam Termizi yang terletak di negara berkenaan. Tok Guru dijangka pulang sekitar 10 july selepas menyelesaikan ibadah umrah bersama rombongan.

Najib dan isteri yang menaiki pesawat khas tiba di Pangkalan Udara Gong Kedak, Terengganu pada 9.40 pagi dengan disambut oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Awang Adek Hussin, beberapa pemimpin komponen BN dan ketua-ketua jabatan persekutuan.

Lawatan Perdana Menteri kali ini untuk menghadiri beberapa program bersama rakyat membabitkan daerah Pasir Puteh, Machang dan Kota Bharu.

Beliau akan memulakan program pertamanya dengan mengadakan perjumpaan bersama jawatankuasa penyelaras BN Kelantan di Pejabat Umno Bahagian Pasir Puteh sebelum membuat 'tinjauan mesra' di Stesen Kereta Sewa dan Pasar Besar Pasir Puteh.

Perdana Menteri akan merasmikan majlis perhimpunan bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Kampung Tok Nik, Pasir Puteh sebelum menunaikan solat Zohor di Masjid Kampung Pulau Lima di Pasir Puteh.

Perdana Menteri kemudian ke daerah Machang bagi menghadiri Program Jiwa Murni disusuli majlis Perjumpaan Bersama Rakyat dan penyokong pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors, di Sekolah Kebangsaan Machang 1, Machang.

Najib juga dijadualkan menghadiri majlis perjumpaan dengan rakan-rakan Facebook di Hotel Renaissance di sini selepas itu.

Rosmah pula mempunyai acara berasingan dengan menghadiri program 'Apa Khabar Anak Permata' di Pusat Anak Permata Negara Parlimen Bachok dan program minum petang bersama pertubuhan-pertubuhan wanita di Hotel Grand Riverview di Kota Bharu.

Pada sebelah malam, Najib dan Rosmah akan menghadiri Jamuan Rakyat 1Malaysia di Wisma Persekutuan di Kota Bharu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur yang dijadual pada 10.55 malam.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Diakhir zaman kita seharusnya kembali kepada islam yang sebenar dalam keadaan islam ditekan dan ditindas dari segenap sudut.Lawatan najib ke kelantan dilihat sebagai memecahbelahkan perpaduan rakyat kelantan yang cintakan keharmonian dan kedamaian di bawah pemerintahan Tok Guru...Najib tidak boleh diharap untuk melaksanakan syariat Islam jika kita lihat kepada latarbelakang,cara hidup dan penampilannya...Bagi mereka yang lebih cintakan kebendaan dan keseronokan dunia silakan sokong najib...dan bagi mereka yang lebih mengharapkan keredaan Allah swt. bolehkah bersama kepimpinan Tok Guru....Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mengajak rakyatnya mentaati perintah Allah dan tidak mengabaikan keduniaan. komee...nak tengok sangat najib beri tazkirah agama..!!!!

Qaseh Bonda berkata...

Nak bertandang rumah orang, kena hormat tuan rumah tu dulu. Dah jadi menceroboh pula kalau buat2 pandai masa tuan rumah tak ada.

Jadilah gentleman sikit.

Jangan paksa orang suka kita. Orang2 Kelantan dah tak main dengan gula2 sebabnya dia orang memang pakar menghasilkan gula2.

Salam penuh takzim pada tuan guru menabur budi dan jasa diserambi mekah. Sayu memandang tuan guru hanya duduk di kerusi plastik sewaktu jamuan.

Uols sanggup ke?? Derrr!!