02 Julai 2011

Peguam profesional dilarang demo, Namun Najib halang demo cara tidak profesional

30 Rejab 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
Pejabat ADUN Titi Serong/
Ketua Sekretariat PR Perak.

Saya ingin menjawab ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak di Konvesyen Peguam kedua yang diadakan di ibu kota yang mana beliau telah memberi ingatan bahawa peguam profesional tidak perlu terlibat dengan demonstrasi jalanan.

Najib juga banyak kali mengingatkan dalam konvensyen itu kepada seluruh kakitangan kerajaan supaya bertindak sepertimana taraf mereka dilantik sebagai penjawat awam.

Sebagai individu yang memimpin sebuah Negara yang berada dalam kelompok Negara membangun, sepatutunya mahu tidak mahu Najib wajib menjadi seorang yang profesional juga.

Profesional juga sinonim dengan mereka yang terdiri dari kalangan pengamal dasar keterbukaan dan sentiasa berlapang dada apabila ada perbezaan pendapat lebih-lebih lagi suara pendapat tersebut datangnya dari rakyat beliau sendiri.

Sejak BERSIH pertama dilancar, satu pun tuntutan rakyat tidak diendah, pelbagai medium telah diguna untuk menyampaikan suara ini, walaupun usaha tersebut telah dilakukan, namun tiada yang berhasil, Umno-Bn tetap berlaku zalim terhadap rakyat khususnya dalam isu pilihan raya yang telus dan adil.

Adakah Najib profesional dalam isu ini? Jawapannya tidak, saya cabar jika benar-benar beliau (Najib) profesional, ayuh berdebat secara langsung untuk menjawab isu fitnah yang telah dilemparkan terhadap BERSIH 2.0.

Banyak pelanggaran dan pencabulan undang-undang yang dilakukan oleh pihak polis sejak akhir-akhir ini dalam isu Bersih membuktikan bahawa ucapan Najib cuma manis dimulut sedangkan realitinya Najib sudah sangat terdesak dan sudah bertindak diluar batas undang-undang dan perlembagaan negara.

Apabila ada dalam kalangan rakyat tidak setuju dangan dasar oleh kerajaan yang beliau tadbir, maka reaksi yang perlu dan wajib muncul dari batang tubuhnya sebagai pemimpin tertinggi negara adalah mendasarkan keterbukaan, bukannya kolot seperti sekarang.

Penguasaan dan manipulsasi media yang melampau dilihat sampai dikemuncaknya dengan reaksi demi reaksi, semuanya mencerminkan bahawa perdana menteri kolot dan kuku besi, pembangkang tidak diberi peluang langsung untuk menyampaikan pandangan sehingga menyaksikan penyampaian media sebelah pihak dan tidak seimbang yang memangsakan sekelompok rakyat yang terus ditipu dengan berita yang tidak adil dan berat sebelah itu .

Rakyat yang cuma bergantung dengan pemimpin mereka, khususnya mereka yang dari kalangan Umno dan juga golongan atas agar nampaknya terus ditipu dengan berita melampau pemimpin mereka mencemuh BERSIH 2.0.

Kerana itu segala unsur lain dari agensi yang menjaga keselamatan juga digunakan sepenuhnya bagi menggagalkan Himpunan dan tututan Bersih. Gangguan dan tangkapan secara tidak mematuhi undang-undang negara yang telah mencecah angka lebih 100 orang memperlihatkan Najib sebagai PM yang tidak profesional dan sangat lemah dengan memperkudakan pasukan keselamatan demi untuk terus berkuasa.

Semuga rakyat membuka mata dan memastikan undi mereka yang keramat itu dapat mengajar BN secukupnya dalam PRU akan datang.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 2 JULAI 2011.

2 ulasan:

De Mois berkata...

Salam perkenalan..saya tidak melihat perhimpunan ini suatu yang bakal memberi ancaman

Cuba lihat pandangan saya disini
Sejauh mana BERSIH bertindak bersih

Undi disini
Adakah wajar perhimpunan diteruskan?

Tanpa Nama berkata...

peguam lebih arif tentang undang2 dari najib..