26 Ogos 2011

Amaran angin kencang dan laut bergelora ekoran taufan "NANMADOL"

26 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora berikutan Taufan "Nanmadol" dikesan berada kira-kira 499 kilometer ke Timur Laut Manila, Filipina petang tadi.

Taufan itu, yang dikesan berada pada Latitud 16.3 Utara dan 125.2 Timur pada pukul 2 petang ini, bergerak ke arah Barat dengan perlahan.

Menurut jabatan itu dalam kenyataannya, hari ini, taufan itu berada kira-kira 1,395 kilometer ke Timur Laut Sandakan dan 1,386 kilometer ke Timur Laut Kudat, Sabah.

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (Pantai Barat dan Kudat), Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan bermula esok sehingga Selasa ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

sinar harian/-

Tiada ulasan: