13 Ogos 2011

Lelaki ditahan bersama mercun bernilai RM9,000

13 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUANTAN - Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai memiliki pelbagai jenis mercun yang dianggarkan bernilai RM9,000 di sebuah stesen minyak, Semambu di sini, awal pagi tadi.

Timbalan Komander Pasukan Gerakan Marin Polis Wilayah Tiga Kuantan Superintenden Sapian Salihin berkata, bertindak berdasarkan maklumat awam sepasukan gerakan Marin membuat intipan di kawasan berkenaan.

"Dalam intipan jam 3.50 pagi terbabit, suspek, 38, yang memandu kereta berseorangan ditahan berhampiran stesen minyak berkenaan. "Hasil pemeriksaan, polis menemui 17 jenis mercun yang disimpan di dalam kenderaan berkenaan dan dianggarkan bernilai RM9,000," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mercun berkenaan dipercayai untuk diedarkan di kawasan bazar Ramadan di sekitar Kuantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Letupan 1957. - Bernama

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak susah nak hidu jualan mercun, yang susah ialah sikap pihak berkuasa berkaitan yang tidak amanah dengan diskripsi tugasan. Kalau rampasan mercun tu ada pula yang sempat bawa balik untuk mainan ahli keluarga, atau mungkin jual atas jual dengan harga baik tanpa modal. Ini dah jadi ragam sejak dulu lagi.Kalau nak perincikan cerita memang memalukan umat sendiri khususnya berbangsa melayu yang kebanyakannya adalah penjawat kakitangan awam. Dalam apa jabatan ada saja umat ini buat hal. Hidup bergaya tapi akal tak sempurna!!