16 Ogos 2011

Muslimat PAS Miri Turun Padang bersama ibu tunggal

16 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Gambar Muslimat PAS Miri bersama ibu-ibu tunggal

Miri - Baru-baru ini Lajnah Kebajikan, Dewan Muslimat PAS kawasan Miri telah mengadakan aktiviti bersama penduduk tempatan di Bandaraya Miri. Seramai 10 orang ibu tunggal dalam kawasan Permyjaya dan Tudan telah mendapat sumbangan sempena bulan Ramadhan yang mulia dari PAS Miri.

Tujuan dan matlamat utama PAS Miri mengadakan majlis bersama masyarakat tempatan adalah untuk meringankan bebanan ibu tunggal yang mempunyai tanggungan yang ramai dan yang berpendapatan kecil. Ini juga adalah sama dengan matlamat PAS menuju ke arah Negara berkebajikan. Dengan adanya aktiviti begini akan merapatkan lagi hubungan muslimat PAS Miri dengan masyarakat tempatan.

Turut hadir bersama majlis ringkas tersebut YDP PAS Miri Jofri Jaraiee turut serta bersama ahli dan juga ketua Muslimat Kawasan Miri saudari Siti Balqis. Dalam majlis tersebut YDP PAS Miri mengingatkan betapa pentingnya persaudaraan dalam Islam disamping kerjasama dengan semua kaum sebab PAS berjuang untuk semua kaum tanpa mengira bangsa dan agama.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

Tiada ulasan: