16 Ogos 2011

Upah peserta Bersih : Rais Yatim habis modal

16 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Saya nasihatkan supaya Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim sapaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan apa lagi di bulan Ramadhan yang mulai, Kenyataan beliau bahawa peserta bersih dibayar tidak masuk akal dan lucu kerana Pakatan Rakyat bukan seperti umno/BN yang mesti mengupah pengikutnya untuk keluar berhimpun sedangkan peserta Himpunan bersih keluar secara sukarela tanpa satu senpun upah dari mana-mana pihak.

Hal demikian mungkin berlaku kerana kandungan gula dalam darah beliau tidak stabil dan hasilnya reaksi beliau tidak berminda positif.

Sebagai menteri yang menjawat portfolio penerangan komunikasi dan kebudayaan, beliau tidak boleh keluarkan fakta yang tidak logic dan tidak berasas. Seorang yang bergelar menteri tentu akan ditertawakan bila mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal.

Mungkin masuk akal jika Rais mendakwa bahawa “perusuh” dari kelompok Patriot yang diangotai Pemuda Umno diberikan sogokan berbentuk wang ringgit untuk menyertai himpunan haram. Jumlahnya pun sangat sedikit

Rais Yatim saya lihat seolah-olah telah kekeringan idea untuk mencari bahan bagi membohongi rakyat. hasilnya perkara yang tidak masuk akalpun dijadikan isu untuk mengambarkan buruknya Pakatan Rakyat dan Himpunan Bersih.

Jika Umno-Bn buat himpunan atau apa-apa acara, secara tradisinya wajib ada nasi bungkus, bas, duit poket dan kain pelikat atau tupperware 1Malaysia, Jika tidak jumlah kerusi lebih banyak dari yang hadir.

Rakyat sudah tahu hakikat sebenar Himpunan Bersih diadakan, matlamat peserta bersih juga amat jelas, jika tidak masakan jumlah yang hadir hampir mencecah seratus ribu walaupun setiap hari rakyat ditabur fitnah terhadap bersih oleh media perdana supaya tidak ikut serta.

Tida ada upah satu sen pun yang mereka dapat melainkan dengan kesedaran untuk menyelamatkan Malaysia dari kerakusan pemimpin umno/BN yang ingin terus berkuasa dengan sistem pilihanraya yang banyak kepincangannya.

Rais Yatim telah cuba sedaya upaya untuk turut serta mempertahankan kepincangan yang dilakukan oleh umno/BN dan akan bersama dengan SPR sebagai pembekal oksigen terakhir bagi meneruskan survival UMNO-BN menjelang PRU 13,

Yakinlah Pakatan Rakyat akan pastikan objektif UMNO-BN ini bakal berkecai, angan-angan UMNO-BN untuk kekal berkuasa di Putrajaya cumalah khayalan yang bukan realiti.

Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 16 Ogos 2011

Tiada ulasan: