16 Ogos 2011

Najib berselindung dengan jawatankuasa pemilihan Parlimen untuk tolak tuntutan Bersih.

16 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Saya ingin mempersoalkan adakah cukup jika Najib Razak cuma berhasrat untuk perbetul sistem pilihan raya dengan cuma menggubal jawatankuasa terpilih Parlimen bagi mewujudkan pembaharuan pilihan raya.

Ironinya Perdana Menteri sendiri telah mengakui bahawa wujud kepincangan dalam tatacara pengendalian sistem pilihan raya di Malaysia.

Penubuhan ini seperti baru sahaja terfikir di fikiran Perdana Menteri setelah bukti demi bukti wujudnya senarai daftar pemilih yang bertindih dan wujudnya bukti kukuh bahawa JPN dan SPR diperalat sepenuhnya oleh UMNO-BN untuk mendapat undi dari PATI yang diberikan MyKad.

Itu pun setelah bukti taktik kotor tersebut didedahkan oleh blogger, jika tidak kegiatan ini akan berleluasa dengan begitu dahsyat.

Bagi saya guballah sebanyak manapun jawatan kuasa untuk tangani tanggapan buruk dari pihak lawan terhadap kerajaan berkenaan isu sistem pilhan raya, jika lapan tuntutan bersih belum ditunaikan, selagi itulah pilihan raya di Malaysia tidak adil dan bersih.

Hasrat tersebut cuma digubal bertujuan untuk menipu rakyat dan bersifat sementara.
Hal sebenar yang rakyat patut tahu ialah jika lapan tuntutan yang dikemukakan Bersih pada 9 Julai lalu ditunai, maka dengan sendirinya UMNO-BN bakal meletakkan mereka dalam kepastian bahawa BN bakal lenyap dari lanskap politik Malaysia.

Rakyat yang menentukan siapa yang memerintah Malaysia, Kerana itu UMNO-BN berusaha sedaya mungkin meyakinkan rakyat bahawa mereka sahajalah yang layak dan perlu dipertahan rakyat pada PRU13 nanti namun rakyat telah beralih arah sejak 2008 dan tidak mampu dibendung lagi melainkan dengan sisitem pilihanraya "kotor" yang terus dipertahankan.

Inilah yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik, Negara kita selama ditadbir UMNO-BN bolehlah diumpamakan seperti nangka yang disarungkan dengan plastik cantik berlabel demokrasi tetapi isi buahnya penuh dengan ulat yang busuk.

Pakatan Rakyat tetap komited perjuangkan prinsip demokrasi yang telah dimuziumkan oleh UMNO-BN dalam keadaan mereka terus menipu rakyat dengan bercakap kononnya mahu berjuang untuk meletakkan Malaysia sebagai Negara yang berpaksi atas landasan demokrasi.

Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 16 Ogos 2011

1 ulasan:

usssooong!!! berkata...

Assalam,

Tak mengapa. Ada usaha walaupun sikkkiittt. Kalau tak buat apa-apa kena balun juga, Buat sikkit kena jygaklah sikit, Buat banyak pun kena jugak sikit sikit. Adat lah dalam khila pemikiran dan doktrin masing-masing.