02 Ogos 2011

P’raya olok-olok: Pakatan cabaran besar BN berasas

2 Ramadhan 1432H. [MOD] -

IPOH, 2 Ogos: Keyakinan PAS Perak bahawa Pakatan Rakyat bakal memberi cabaran besar buat Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang bakal berlangsung bila-bila masa sahaja ternyata berasas.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain (gambar) menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan The Malaysian Insider hari ini menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) boleh kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada PRU ke-13, berdasarkan keputusan pilihan raya olok-olok.

Pilihan raya olok-olok tersebut diadakan sebagai langkah persediaan awal jentera BN untuk menghadapi PRU ke-13.

Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 daripada 59 kerusi Dewan Undngan Negeri di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat pula memperolehi 31 kerusi.

Tidak sampai setahun memerintah, rampasan kuasa berlaku setelah beberapa episod lompat parti yang sedikit sebanyak menjejaskan pihak Kerajaan Perak ketika itu yang diterajui Pakatan Rakyat.

“Krisis dalaman yang dihadapi Umno kian meruncing dan ia terbukti dengan hasil keputusan pilihan raya olok-olok ini,” kata Abu Bakar dalam satu kenyataan di sini.

Lalu, ujarnya PRU 13 akan menjadi manifestasi bahawa rakyat tidak merestui perbuatan mereka merampas Perak daripada Pakatan Rakyat.

Justeru, beliau menggesa semua ahli PAS agar meningkatkan lagi hubungan dengan Allah SWT terutama sekali di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Tegasnya, teruskan berkhidmat pada masyarakat agar Allah SWT berkenan untuk memberikan kemenangan Pakatan Rakyat menjelang PRU 13.

HARAKAHDAILY/-

1 ulasan:

Unknown berkata...

puak UBN bergantung kepada laporan perisikan. untuk menghadapi p.raya mereka perlu rujuk kepada perisikan. kalau pihak itu kata OK maka OK lah mereka. kalau TIDAK OK maka TIDAKlah.mereka tidak telus. apabila keadaan tidak OK mereka akan mencari formula bagaimana supaya jadi OK. ada formulanya termasuk penipuan dan tidak telus. itu sebab tuntutan bersih 2.0 sukar nak diterima. mereka takut hilang kuasa, nanti jadi macam liong sik. kes pelabuhan klang itu menggambarkan bagaimana PM adalah orang BODOH. dia boleh ditipu oleh menterinya sendiri. KEBODOHAN ini masih diwarisi oleh najib. banyak contoh kebodohan yang berlaku. membeli kapal selam yang hanya nak tunjuk hebat, secara praktik, kawal lanun pun tak mampu. projek besar-besar yang hebat tapi nilainya BODOH masih ada. kalau menteri kabinet boleh tipu PM ada masanya RAKYAT pula ditipu oleh PM. Gambaran tentang pemerintahan DUNGU ini akan terdedah apabila sebutan kes Liong Sik dimulakan.