02 September 2011

Majlis Hari Raya di seluruh Kelantan esok

4 Syawal 1432H. [MOD] -
Aslani M

KOTA BHARU, 2 Sept: Rakyat di seluruh Kelantan berpeluang bertemu pemimpin PAS dan wakil-wakil rakyat pada sambutan hari terbuka sempena Aidilfitri yang akan diadakan di 14 kawasan parlimen esok.

Berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini, di mana rumah terbuka PAS hanya diadakan di Kota Bharu sahaja.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Zulkifli Mamat berkata, sambutan hari terbuka itu akan diadakan di seluruh Kelantan bagi membolehkan rakyat hadir tanpa perlu bersusah payah datang ke Kota Bharu.

“Sebelum ini hari terbuka hanya diadakan di sini, namun tahun ini program itu diadakan di seluruh kawasan parlimen bagi membolehkan lebih ramai penduduk hadir.

“Program ini merupakan satu tradisi bagi mendekatkan lagi rakyat dengan pemimpin. Mereka datang sambil menjamu selera di samping merapatkan lagi hubungan silaturahim,” katanya di sini.

Sambutan hari raya PAS itu diadakan mulai jam 12 tengahari sehingga 3 petang. Di Kota Bharu diadakan di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV.

Di Pasir Mas di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas, di Machang di perkarangan pejabat PAS, di Gua Musang di pejabat PAS kawasan. Begitu juga di kawasan-kawasan lain.

Bagaimanapun berlainan di Bachok di mana majlis hari raya diadakan di setiap Dun iaitu Jelawat, Perupok dan Tawang.

Orang ramai yang hadir boleh menikmati pelbagai juadah raya termasuk lemang, ketupat dan makanan tradsional Kelantan.

Pemimpin PAS di setiap kawasan dengan diketuai Yang Dipertua akan meraikan tetamu yang hadir.

”Saya berharap orang ramai hadir beramai-ramai pada majlis berkenaan bagi merapatkan hubungan silaturahim dengan bertemu mata dengan pemimpin mereka,” kata Zulkifli.



Tiada ulasan: