02 September 2011

Pemuda PAS Larut bantu lebih 1000 keluarga miskin.

Antara mereka yang hadir dalah majlis penyampaian yang diadakan.

4 Syawal 1432H. [MOD] -
Razali Ismail

LARUT :Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut sekali lagi tampil menghulurkan sumbangan berupa wang dan keperluan harian seperti beras,gula,tepung,tea,minyak,baju raya dan lain-lain bagi meringankan beban kepada lebih 1000 keluarga fakir miskin dan anak yatim yang meliputi beberapa buah kampung di seluruh kawasan Larut. Ia dilaksanakan melalui program ziarah rumah ke rumah dan program yang mengumpulkan sejumlah penerima bantuan di tempat-tempat tertentu seperti halaman Pejabat Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut untuk diagihkan.

Menurut Ketua Pemuda PAS Larut, Ustaz Nazri Din, Dana untuk sumbangan ini diperolehi daripada usaha keras jentera pemuda PAS Larut yang semakin mendapat kepercayaan orang ramai untuk menyalurkan sumbangan melalui akaun Dewan Pemuda PAS Larut.Kami mengucapkan jutaan terima kasih khusus kepada para penderma terutama keluarga Allahyarham Dato’ Seri Yusuf Teh yang sanggup menyampaikan sendiri sumbangan kepada mereka yang berhak.

Sepanjang Ramadhan kami hanya dapat membantu lebih 1000 keluarga daripada lebih 2000 keluarga di kawasan Larut yang menderita akibat keperitan hidup mereka.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Larut, Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin. Usaha ini juga adalah lanjutan daripada tema Muktamar PAS baru-baru ini iaitu “Membangun Negara Berkebajikan”

Beliau juga menegaskan program kebajikan seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa tanpa mengikut musim perayaan. Selain itu sumbangan ini sebagai memenuhi tuntutan ajaran Islam iaitu sentiasa melakukan kerja-kerja kebajikan untuk rakyat Marhaen.

Menurut beliau lagi, sepanjang ziarah, kami telah melihat sendiri penderitaan mereka, ada yang berbuka puasa dengan pucuk paku kerana tiada wang untuk membeli keperluan lain, ada yang rumah tiada elektrik,ada yang menggunakan air telaga yang keruh dan kotor untuk keperluan,ada yang masak guna dapur kayu kerana tiada dapur gas dan macam-macam jenis penderitaan mereka. Kami dengan rendah diri menjemput semua yang simpati untuk datang melawat dan terus membantu mereka atau boleh menyalurkan terus sumbangan berupa bahan mentah,sedekah,zakat,fidyah,qurban lembu kambing,waqaf,lain-lain atau melalui akaun 558211313164 di atas nama DANA PENDIDIKAN & KEBAJIKAN LARUT atau terus ke pejabat kami No 2A, Bangunan MDS,Kubu Gajah,34130,Selama Perak. Tel pejabat :05-8391691 atau hubungi ust Akmal Kamarudin 0195452471,ust Nazri Din 0165033399.

Tiada ulasan: