04 Oktober 2011

Masjid musnah terbakar, kerugian dianggarkan RM200,000

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

IPOH - Sebuah masjid musnah dalam kebakaran membabitkan kerugian dianggarkan lebih RM200,000 di Padang Changkat, Perak Tengah, 55 kilometer dari sini malam tadi.

Pegawai Bomba Kanan 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Tengah, Mohd Sharip Kasim berkata dalam kejadian pada pukul 9.30 malam itu, tiada jemaah berada di dalam masjid berkenaan kerana mereka sudah balik ke rumah masing-masing selepas selesai menunaikan solat Isya.

Kebakaran disedari oleh penduduk kampung berkenaan apabila ternampak asap dan api dari atas bumbung masjid lalu menghubungi bomba, katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Sharip berkata kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas. Seramai tujuh anggota bomba serta sebuah jentera berjaya memadamkan kebakaran setengah jam kemudian. Masjid yang dibina pada 1989 boleh memuatkan lebih 200 orang jemaah ketika bersembahyang.- Bernama

1 ulasan:

Bekas Ahli umno berkata...

nilah akibatnya bila masjid tidak bolih digunakan untuk kegiatan agama..ini kerana masjid ni suatu ketika dulu tempat ramai menimba ilmu...tapi dek kerana yg kebanyakan yg mengujungi masjid ini ialah ahli2 pas dan orang2 yg menyampaikan ceramah adal pimpinan PAS...MAKA kerajaan yg diimpin olih balaci pimpinan umno negeri diketua zambri xde otak dan benci ceramah...maka diarahkan agar semua masjid jgn megundang penceramah PAS datang kemasjid ini...nahhhh...sekarang masjid tu dibiarkan kurang berpungsi,,lalu allah murka...LINTAR PINTAS itu satu alasan saje..tapi allah saje yg tahu..