27 November 2011

14 terbunuh, lebih 30 nelayan hilang ribut landa pantai

1 Muharram 1433H. [MOD] -

COLOMBO 26 Nov. - Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan lebih 30 nelayan hilang selepas dilanda hujan lebat dan tiupan angin kencang di selatan Sri Lanka, lapor pihak berkuasa, hari ini.

Seorang jurucakap Pusat Pengurusan Bencana (DMC) berkata, 14 orang disahkan mati manakala 30 nelayan dilaporkan hilang selepas kawasan pantai itu dilanda tiupan angin kencang.

Tambahnya, lebih 1,500 buah rumah rosak dengan sebahagian besar mereka kehilangan bumbung dalam kejadian itu.

Sri Lanka bergantung kepada hujan monsun untuk sistem pengairan dan penjanaan kuasa namun hujan lebat yang sering berlaku menyebabkan banyak kematian dan kerosakan harta benda. - AFP

Tiada ulasan: