27 November 2011

Tahun Baru Maal Hijrah 1433 Masa untuk mengubah Malaysia kepada kesejahteraan untuk semua

1 Muharram 1433H. [MOD] -
 
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.

Tahun Baru Islam (Arabic: ‎ رأس السنة الهجري Ras as-Sanah al-Hijriyah) adalah hari yang menandakan permulaan tahun kalendar Islam yang baru, dan hari di mana kiraan tahun bertambah.

Sekarang tiba masanya rakyat Malaysia kena bersiap sedia untuk perubahan secara menyeluruh bukan setakat untuk menukar pemimpin tapi lebih dari itu iaitu dari sistem kapitalis kepada sistem Islam yang bersifat adil untuk semua. Perubahan ini hanya boleh berlaku kalau setiap orang mahu melakukannya kerana kita tidak mampu untuk mengubah sesorang tanpa usaha mereka sendiri. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang ada pada diri mereka ”. QS Ar-Ra'd:11

Kepada yang bukan Islam mereka sepatutnya jangan takut untuk menerima Islam sebagai cara hidup kerana tiada paksaan dalam agama Islam terhadap yang bukan Islam. Mereka bebas mengamal agama dan kepercayaan masing-masing. Mereka kena mengenali Islam secara dekat bukan setakat mendengar dari orang lain yang tidak mengamal Islam sebenarnya. Insya-Allah kita yakin suatu hari nanti orang bukan Islam akan melihat keindahaan Islam secara menyeluruh.

Akhir sekali kita mesti bersatu dan berjuang bersama untuk menegak keadilan dan menghapuskan penyelewengan dan penyalahguna kuasa yang berlaku hari ini demi masa depan rakyat Malaysia akan datang.

PAS berjuang untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik
Selamat Tahun Baru 1433 hijrah kepada semua rakyat Malaysia, semoga Malaysia mendapat pemerintahan yang baru yang lebih adil dan saksama untuk semua.
 
Wassalam
PAS Miri
Jofri Jaraiee

Tiada ulasan: