20 November 2011

52 kenderaan berlanggar di autobahn Jerman, 3 terbunuh

Gambar kemalangan besar melibatkan 52 buah kenderaan di autobahn Jerman

24 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BERLIN 20 Nov. - Tiga orang terbunuh manakala 35 lagi cedera dalam satu kemalangan besar melibatkan 52 buah kenderaan di autobahn, atau lebuh raya. yang diselubungi kabus di barat Jerman, semalam.

Pelanggaran tersebut berlaku malam Jumaat lalu berdekatan sebuah bandar Muenster selepas kabus menyelubungi sepanjang lebuh raya.

Siasatan berhubung kejadian tersebut masih disiasat dan beratus-ratus pekerja bantuan dikerah ke lokasi kemalangan.

Laluan lebuh raya sepanjang 10 kilometer terpaksa ditutup sehingga tengahari semalam. - Reuters

Tiada ulasan: