13 November 2011

PAS gesa kaji semula guru kerja 9 jam sehari

16 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 Nov: PAS menggesa kerajaan mengkaji semula projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor.

Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Idris Ahmad ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan itu dilihat tidak wajar memandangkan guru memang sedia terbeban pada masa ini termasuk tugasan selain mengajar.

"Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama 9 jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja Pembelajaran dan Pengajaran.

"Malahan guru sudah menjadi "multi purpose" kerana semua perkara guru terpaksa melakukan. Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut Idris, Kementerian Pelajaran sepatutnya mencari jalan untuk menyenangkan guru-guru supaya mereka berada di zon selesa, kerana di tangan mereka yang akan melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang.

"Mungkin ada orang cemburu kerana guru banyak mendapat cuti berbanding dengan mereka yang berada di pejabat. Tetapi perlu diingat tugas guru bukan sahaja di sekolah, malahan kerja mereka berterusan sehingga balik ke rumah. Kerana kerja latihan pelajar perlu diperiksa, persiapan mengajar perlu dibuat. Budaya ini berlainan dengan mereka yang bekerja di pejabat, selesai sahaja waktu pejabat ia tidak perlu dibawa balik ke rumah," katanya lagi.

Kerajaan juga ujarnya perlu membanyakkan kemudahan dan membina banyak sekolah supaya mengurangkan bilangan pelajar di dalam sebuah kelas.

Banyak sekolah pada hari ini katanya dibina lebih 20 tahun dahulu dan sudah tidak mampu menampung pertambahan penduduk di sekitarnya sehingga suasana di dalam bilik kelas tidak lagi ada keselesaan kerana bilangan pelajar yanga begitu ramai.

Beliau menasihatkan kerajaan agar tidak jadikan guru sebagai makmal percubaan, sepertu sebelumnya ketika perlaksanaan PPSMI.

"Sekarang terdapat lambakan lebihan opsyen Sains dan Matematk seramai 26000 orang. Pihak Kementerian juga  perlu selesaikan masalah graduan Universiti Perguruan Sultan Idris yang tidak ada penempatan bertugas.

"Atas asas inilah maka Pakatan Rakyat menjanjikan RM500 sebulan kepada guru-guru jika diberi mandat ke Putera Jaya. Ini sebagai penghormatan kepada guru-guru yang mendidik rakyat di negara ini," katanya

5 ulasan:

Awanama berkata...

saya sokong ustaz idris,apa dia orang ingat kerja cikgu ringan,suruh udin anak yassin turun mengajar 1 hari tengok, baru dia tau tugas guru ini jangan duk syok duduk diatas .kalau macam ni ayuh kaum guru kita padamkan BN pru 13 nanti.

Awanama berkata...

PR13 nanti BN kalah teruk.....jika nasib guru tidak dibela.......

Awanama berkata...

Saya harap PAS dan PR bantah penambahan masa guru
mengajar di sekolah......
Sebagai ibu bapa kepada anak2, kami tak mahu
anak kami jumud di sekolah kebangsaan, sedangkan
kami mahu kualiti yg ada pada KELAS KAFA, USTAZ/USTAZAH
MENGAJAR NGAJI ANAK2 DI RUMAH, MASJID SESUDAH WAKTU SEKOLAH
PAGI.KAMI MAHU ANAK KAMI MENGAJI DGN USTAZ/USTAZAH
PADA PETANG DI TEMPAT LAIN,SUASANA YG LAIN.
USTAZ/USTAZAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN JUGA YG
NGAJAR ANAK2 KAMI.....
KALAU MEREKA SAMPAI 9 JAM DI SEKOLAH.
SAYA YAKIN LEBIH TEKANAN DAN TERBEBAN GURU2.

Awanama berkata...

APAKAH ADA AGENDA NAK KAWAL ANAK2 ORG ISLAM DARIPADA
MENGAJI DI KELAS2 KAFA, KELAS2 MENGAJI, KELAS2 TUSYEN
DI SEBELAH PETANG...........

ANAK2 AKAN JEMU DI SEKOLAH SEPANJANG HARI.........
ANAK2 PERLU HIDUP DALAM PERSEKITARAN YG BERCAMPUR
DENGAN PELBAGAI SUASANA YG POSITIF.

Awanama berkata...

TINDAKAN BODOH PEMIMPIN UMNO DAN PAK DAN MAK SANGGUP PENGARAH2 PELAJARAN DALAM KEMENTERIAN PELAJARAN........
BEKU OTAK MURID2 DAN PELAJAR2 SEHARIAN DI SEKOLAH...